Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
APA YANG PERLU ADA PADA MAHASISWI
#1
SALAM W.B.T
bagi pembuka bicara ana selaku mahasiswi tahun akhir membuka ruang kepada pembaca untuk kita berkongsi pendapat apakah yang perlu ada pada mahasiswi ni..

rata-rata org akan mengatakan mahasiswa timur tgh ni ilmunyer ckp tggi..ilmu turasi..dekat dgn sheikh Allahu'azim..tp bila pulang ke malaysia tiada hala tuju...

bagi saya plg umum saya tekankan 4 item yang sgt penting yang perlu ada pada terutamatnya
1.penguasaan Ilmu dan tarbiah=dalami dan gulung sehabis mungkin takhasus yg sahabat ambil
2.Sirah dan sejarah tamadun dunia =siapa mahukan dunia kene kuasai ilmu..siapa mengethui sejarah mmpu menguasai dunia
3.kekreatifan dalam berfikir dan masuk dgn masyrakat
4.ilmu memasak dan mengurus rumah

semua itu perlu kepada byk pembacaan dan sentiasa berfikir...
bagi mereka yg suke privacy atau suke kate hal kau hal aku hal aku hal aku tnper memikirkan soal kebajikan bg ana org macam nih anto kat palestin dan dibomkan sekali!! ops....

fikirknlah adakah masih ada tempat utk kite pada masa akan dtgapabila dr sekrg ini kite masih mengekalkan cara yg lama...wasslam
Reply
#2
bg ana banyak perkara yng perlu d tekankan...

kire ana menambah skit la..


1) Pegangan akidah yang mntp..skng byk kes2 yg melibatkn aqidah
   (faham2 sendri lah)...

2) Mempunyai nilai tambah selain ilmu agama..cth bidng ICT,bdg masakn pentg
    gak,n lain2 lg

3) Memounyai syaksiah selaku org yg mengaji agama..

dan sterusnya..malas nk tulis bebyk..bg org lain plk tulis...hehe
Reply
#3
Duduk sama-sama dalam gerakan islam. Habis cerita
Reply
#4
Salam..
Jangan lupe utk menjuarai isu semasa n permasalahan ummat hari ini..sbb kte bukan selama-lamanya kt sini..tp bakal pulang utk curah khdmat bakti utk anak bgsa n masyarakat di tanah air...mundur atau majunya seseorang mahasiswi itu bergantung pada dirinya sndri..samada kte..mahasiswi timur tgh mahu terus di'cop' sbg seorang yg jumud,x open minded,masih duduk ditakuk y lame,x berkembang,duduk dlm dunia sndri..tepuk dada tanya iman..jika masih terus b'diam tnpa mahu berubah..beerti kita mengiyakan..jika ad usaha ke arah y lbh baik..maka syabas diucapkan pada anda..srikandi mujahidah sejati akan sntiasa lakukan y terbaik kan...
Reply
#5
Big Grin 
apa sahaja bidang harus ditempuhi dan dikuasai..supaya mahasiswi tidak hanya dilabel sbg "org dapur", bahkan lebih dari itu menguasai ilmu kemahiran..

melihat kepada gender lelaki , ramai sudah mengusai bidang wanita seperti masakan, dekorasi rumah , menjahit dan sebagainya...

justeru mahasiswi juga mampu untuk mengusai berbagai ilmu kemahiran yg ada pada lelaki cthnya, membaiki komputer, mereka bentuk majalah penerbitan bawah upp , mengelolakan audio video dan sbg..

tq..majulah bkpjm utk semua..
Reply
#6
rasa ny semua tahu bila ditanya ttg prkara ni...cuma yg tinggal hanya perlaksanaan shj...

jgn jd mcm org putih ckp: 'word works more than effort'....tak pun org melayu ckp: 'cakap x srupa bikin...

tak dinafikan semua ni bukan ny mudah...beransur-ansur & istiqamah dlm usaha memperkasa mahasiswi...insya-Allah impian melihat generasi mujahidah sejati pembantu setia para mujahid menjadi suatu kenyataan...

Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: