Posts: 20
Threads: 6
Joined: 2007-12-26
Reputation:
1
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua warga BKPJM yang dikasihi, topik ini diutarakan atas dasar melihat kepada perkembangan isu semasa yang berlaku di tanah air, isu minyak adalah isu sensitif dikalangan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan miskin. kenaikan minyak ini turut terpalit kesannya kepada kita yang belajar disini terutamanya mereka yang background keluarga adalah susah. selaku mahasisiwa yang berpandangan jauh dan mendepani massa, mari kita bincang²kan isu ini dari pelbagai sudut..
Posts: 168
Threads: 44
Joined: 2007-12-26
Reputation:
4
Tiada lain yang perlu diperkatakan, selain dari "minyak menjerut leher rakyat". Sejak dari tahun 2004 kenaikan harga bahan bakar ini tidak pernah turun dan yang terbaru ini adalah kenaikan yang paling tinggi.
Terima kasih daun keladai kepada rakyat Malaysia yang masih mengundi BN. Kami amat "hargai" jasa anda semua.
Walaupun Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak ini berserta dengan kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak, namun siapakah yang mengendahkan hal ini? Dan adakah dengan tawaran tersebut ianya tidak menjerut leher rakyat?
Ada lagi tawaran lain Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuat kuasa 1 Jun lalu:
* Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.
* Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih daripada 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50, tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Haha, kesian orang miskin. Dah lah miskin, semakin miskin lah kamu. Nak beli kereta kancil yang RM200 sebulan pun kamu terkais-kais. Inikan pula nak beli kereta melebihi 2000cc. Siapa yang menggunakan kereta melebihi 2000cc ni? kalau bukan pak-pak menteri. Walaupun ada rakyat yang menggunakannya. Tetapi boleh katakan 10% sahaja yang mampu. Kemudian siapa sahaja yang menggunakan motosikal kuasa besar? Wah, nampaknya mungkin kajian dari peringkat kabinet mendapati rakyat Malaysia ramai gunkan Virago, Cagiva selain motosikal Polis trafik hehe. Boleh dikatakan 80% orang Malaysia menggunakan motosikal 150cc ke bawah. Kabinet ingat kami ini nak masuk trek lumba kah?
Tiada cara lain kah selain menaikkan harga minyak? Fikir punya fikir, bincang punya bincang mesti kenaikkan juga akhirnya. Rasanya mesyuarat kabinet membincangkan "bagaimana nak naikkan harga minyak ni" bukan membincangkan "bagaimana nak mengatasi kenaikan harga minyak". Jika kenaikan juga yang dibincangkan, maka naik jugalah.
BN tak perasan agaknya isyarat pada PRU ke 12 lalu. Muka selamba naikkan harga barang. Orang-orang johor khususnya, terima kasih daun keladi. Anda memang baik hati dengan BN. Akan datang undilah BN = Barang Naik lagi ya!
Cara lain, ialah potong gaji menteri-menteri. Tak payah lah terlalu mewah. bagi subsidi paling tinggi. Takkan bankrup punya, untung petronas 80 billion setahun, apa salahnya untung 10 billion pula?
Posts: 21
Threads: 0
Joined: 2007-12-26
Reputation:
0
08-11-20, 05:11:27
(This post was last modified: 08-11-20, 11:11:20 by Srikandi Islam.)
salam...
berkaitan ngan kenaikan harga minyak..mmg satu isu yg cukup panas sepanas mentari yg hangat diperkatakan sehingga tempiasnya sampai pada kita disini..krisis dunia lah katakan...namun ramai pekerja2 sektor swsta yg cukup bergembira dengan kenaikan gaji mereka seiring dengan kenaikan harga minyak..sedangkan kalau kira2 balik..sebenarnya sama jerr..tak de lebih tak derr kurg..namun ana cukup berasa simpati dgn glngn yg tidak bekerja dgn kerajaan mahupun swsta..makna kata kerja sndr la..berkebun kerr..nelayan kerr..pndek katerr apa2 kerja kg lah..wlupun gaji org lain naik..tapi deorg ttp sama jugak cmtu..malah lebih2 lagi bertamabh susah..perancangan dan kebajikan apa yg dirancang untuk rakyat..sedangkan semakin ramai yg hdp melarat...
Posts: 37
Threads: 5
Joined: 2007-12-26
Reputation:
0
jika dinilai dari segi pandangan syariah dan hukum dunia, memang jelas kenaikan harga minyak sangat banyak BURUKnya berbanding BAIKnya (bagi mereka yg berpendapat begitu).
tapi..jika dinilai dengan pandangan hakikat.. pasti ini (harga minyak naik ni) yang terbaik yang telah ditentukan dan ditetapkan sejak azali (ahlu as-sunnah wa al-jama'ah).. moga2 salah satu hikmahnya ; Allah nak sucikan lagi perkara2 yang kotor dalam jiwa manusia samada di pihak kerajaan (yang menaikkan harga minyak) atau yang tidak bersetuju dengannya.
ape aku merepek ni..?? yg penting saya juga merasakan tindakan harga minyak ni memang lebih banyak buruk.. :-)
Posts: 168
Threads: 44
Joined: 2007-12-26
Reputation:
4
Minyak gamat, minyak rambut, minyak kelapa, minyak sagu, minyak senyonyong jer kot tak naik... hahaha