Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Peraturan Diskusi BKPJM
#1
Peraturan Diskusi BKPJM



A. Pengenalan

1. Diskusi BKPJM merupakan suatu ruangan untuk ahli-ahli BKPJM berbincang dan saling bertukar pendapat mengenai isu-isu yang disediakan.

2. Sebarang isu atau topik yang tidak berkenaan atau tidak relevan dengan matlamat diadakan Diskusi BKPJM ini akan dibuang menurut budi bicara pihak pengendali Diskusi BKPJM.

3. Semua penulisan dan pendapat yang ditulis di Diskusi BKPJM adalah pendapat peribadi pendiskusi berkenaan dan pihak pengendali adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau kekeliruan yang mungkin ditimbulkan oleh mana-mana pendiskusi di dalam penulisan mereka.


B. Etika Berdiskusi

1. Setiap pendiskusi diwajib mematuhi adab-adab bermuzakarah (berdiskusi) yang sebagaimana disyorkan di dalam ajaran Islam.

2. Pendiskusi juga diminta agar mengunakan perkataan yang sopan, tidak mengandungi sebarang unsur-unsur menghina atau lucah di dalam setiap tulisan mereka.

3. Para pendiskusi adalah dilarang daripada menghalang pendiskusi lain daripada menulis hasil penulisannya.

4. Para pendiskusi adalah dilarang daripada meletakkan sebarang topik atau penulisan yang bermaksud atau membawa maksud mengajak, merujuk, menerangkan atau yang seumpama dengannya, yang melibatkan kegiatan atau fahaman yang diketahui benar-benar terpesong dari ajaran Islam.

5. Semua artikel yang diambil dari sumber yang lain (“cut” & “paste”) , iaitu bukan hasil penulisan pendiskusi itu sendiri, wajib disertakan sekali dengan sumber artikel itu (alamat url dan sebagainya) dan nama penulis artikel itu (nama sebenar atau nama samaran) .

6. Para pendiskusi digalakkan agar tidak meletakkan artikel-artikel yang di ambil dari sumber lain di sini, khususnya artikel yang terlalu panjang untuk dibaca.

7. Para pendiskusi dilarang daripada meletakkan imej yang kurang sesuai di Diskusi BKPJM ini, sama ada imej yang terlalu besar saiznya atau imej yang berunsurkan menghina dan lucah.

8. Para pendiskusi dilarang keras daripada menimbulkan isu-isu, sama ada yang menyokong atau melawan, yang berkaitan dengan insan yang sudah tiada lagi hidup di dunia ini.

9. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi kandungan yang sesuai dan sepatutnya berkenaan dengan topik. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi smiles sahaja adalah tidak digalakkan. Jika para pendiskusi hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.


C. Hak Pendiskusi


1. Pendiskusi berhak untuk menulis apa sahaja yang relevan dengan isu di dalam Diskusi BKPJM ini.

2. Para pendiskusi berhak untuk melaporkan sebarang pelanggaran peraturan oleh pendiskusi yang lain kepada pihak pengendali, dan semua laporan hendaklah melalui Pesanan Peribadi (Private Message) sahaja.

4. Para pendiskusi juga berhak untuk menegur pihak pengendali (khusus untuk pengendali Diskusi tertentu sahaja) jika pada pandangan pendiskusi itu, pihak pengendali sendiri melanggar peraturan di Diskusi BKPJM ini, dan teguran hendaklah melalui Pesanan Peribadi (PM) sahaja.


D. Hak Pengendali

1. Pengendali berhak membuang mana-mana penulisan, topik, alamat url atau imej yang dirasakan tidak sesuai atau melanggar mana-mana peraturan di dalam Diskusi BKPJM ini.

2. Pengendali berhak menegur, memberi amaran atau mengambil tindakan keras ke atas para pendiskusi yang terang-terangan melanggar mana-mana satu atau lebih peraturan di Diskusi BKPJM ini.

3. Pengendali berhak untuk mengubah, membuang, atau menambah mana-mana peraturan yang difikirkan sesuai pada bila-bila masa.

4. Pengendali berhak untuk berdiskusi di Diskusi BKPJM tanpa sebarang sekatan sama seperti para pendiskusi yang lain.


Saya, selaku Admin di Diskusi BKPJM ini amat berharap agar para pendiskusi dapat mematuhi setiap peraturan Diskusi BKPJM seperti yang telah dinyatakan di atas. Segala kerjasama dan penyertaan kalian di dalam diskusi ini amat saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Admin
Administrator Diskusi BKPJM
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
Heart Hari Keluarga BKPJM 09 usul_cairo 5 2,318 09-07-13, 04:07:17
Last Post: usul_cairo

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)