Assalamualaikum.. ana tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 tentang beberapa formula huruf Jar yang sangat elok sekali untuk dihafal dan difahami, huruf Jar yang akan diketengahkan ialah ( BI, `AN, WA, `Ala, ILA )... sila perhatikan formula dibawah : ...
Formula 1: Huruf Jãr - bi
---------------------------
1) Apabila bi berganding mim kemudian diikuti
fi’il = bimã + fi’il =
dengan sebab + fi’il.
Cth :- Al Baqarah : 10
bimã kãnù =
dengan sebab telah jadilah mereka(telah adalah mereka)
2) Apabila selepas bi diikuti
isim =
akan + isim
Cth:- Al Baqarah : 20bisam’ihim =
akan pendengaran mereka
(yang ni pon…kekadang ana leh terbabas gak... ana selalu terbuat
dengan pendengaran mereka )
3) Apabila setelah bi diikuti
isim faél =
takde apa² maksud = 0
Cth :- Al Baqarah : 8
bimu’minìna = org² yg beriman -> BUKANNYA “dengan org² beriman”.
4) Apabila
sesudah fi’il ada bi = makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaan kedua²nya
Cth 1a:- Al Baqarah :102
Isytarãhu = telah
membeli ia akannya...
Cth 1b:- Al Baqarah:102
syarau bihì = telah
menjual dengannya...
Cth 2a:- Al Baqarah: 17 -> zahaba = telah pergi ia
zahaballãhu binùrihim = telah
menghilangkan ia akan cahaya mereka
Formula 2: Huruf Jãr – ‘an
--------------------------
1) Apabila sesudah fi’il ada ‘an= makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaannya
Cth :- Al Baqarah : 130 -> raghiba = telah
cinta/suka dia..
yarghabu ‘an = dia
membenci dari..
Formula 3: Huruf Jãr - wa
-------------------------
1) Apabila wa bertemu
domier = walhal + domier
Cth 1 :- Al Baqarah : 22
wa añtum =
walhal kamu
Cth 2 :- Al Baqarah : 85
wa huwa =
walhal dia
Cth 3 :- Al Baqarah : 138
wa nahnu =
walhal kami
Formula 4: Huruf Jãr – ‘ala
------------------------
1) Apabila
sesudah fi’il ada
‘ala = makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaannya
Cth :- Al Baqarah : 37 -> tãba = telah bertaubat ia
fatãba ‘alaihi = maka telah
menerima taubat Ia atasnya
Formula 5: Huruf Jãr – ila
--------------------------
1) Apabila
sesudah fi’il ada
ila
Cth :- tãba ilallah = telah bertaubat dia kepada Allah..
*P/S: Hafal ye, mudah je.. ana yakin antum bole.. kalo antum nak tambah2, silakan ye banyak lagi tu yg belum diketengahkan. perkara asas itulah yg sangat penting utk dikuasai.. ramai yg bole manfaatkannya nanti...