Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KITA PMRAM: Sejauh mana Ahli dan pimpinan mengahayatinya.
#1
Assalamualaikum.

"KITA PMRAM" satu istilah yang mula dipopularkan sejak mula akhir tahun 2006. Namun kita lihat sejauhmana ianya dihayati oleh ahli dan Pimpinan?

Suasana sekarang agak berbeza dengan tahun 90an, walaupun ana belum ada di bumi Mesir ini pada ketika itu, namun "KITA PMRAM" dirasai. Bagaimanapun sekarang rasa seperti semacam sahaja.

Kadang-kadang ahli hanya perasan atau teringat akan PMRAM pada waktu PMHK (AMIND) sahaja. Seperti benteng terakhir PMRAM dalam mengusai fikrah mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini.

Bagaimanapun, agak memberangsangkan sokongan dari mahasiswa-mahasiswi Perubatan yang nampak mula cenderung dengan PMRAM dan merasakan mahu dinaungi oleh Persekutuan ini.

Bagaimanapun tidak dapat dijangka "silent mejority" yang kita tidak perasan. Mungkin suasana sekarang menampakkan PMRAM seperti kurang sokonngan. Namun respon dari pihak-pihak di Malaysia, juga dari program-program seperti Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 50 anjuran Safarah, Middle East Career Carnival 07 menunjukkan respon yang baik dari ahli.

Walaupun aku sangat berkecil hati seperti diperbodohkan oleh Kelab UMNO luar negara dalam program MECC. Walaupun nampak hebat, tapi rupanya ada udang disebalik mi. Aku tak kesah memandangkan yang hadir merupakan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, PM kita dan rombongan2 dari jabatan2 kerajaan, swasta serta IPT2 di Malaysia membuka landskap baru kepada dunia mahasiswa di Mesir ni.
Reply
#2
Bagi akulah, jangan jadikan ukuran kuantiti secara zahir semata-mata untuk menentukan sokongan. Apa yang lebih penting, adalah mempertingkatkannya.

Masa kita pun agak suntuk di Mesir ni. Duit juga. Membelanjakan duit dan menggunakan masa dengan berkesan lebih baik dan aula. Kita bukan PM atau 40 syarikat, duit melambak. Jangan jadikan zahiriah pengukur batiniah semata=mata!
Reply
#3
terima kasin di atas pandangan yang dilemparkan oleh sahabat moderator yang cukup lama berada bersama PMRAM dan mengetahui selok belok aktiviti yang dijalankan oleh PMRAM demi menjaga kebajikan mahasiswa/wi Malaysia yang berada di perlembahan Nil tidak mengira samada ianya ahli ataupun tidak. Selagi mana bantuan PMRAM diperlukan maka di situ akan kita lihat PMRAM akan menghulurkan tangan membantu yang berkaitan dengan kerajaan Mesir kerana PMRAM sahajalah yang mampu menyelesaikan konflik yang berkaitan dengan kerajaan Mesir selaku NGO di negara ini.

sokongan ahli sememangnya dilihat seolah-olah semakin sirna dari semasa ke semasa. Akan tetapi aura dan bahang PMRAM yang ada pada kalangan ahli dan pimpinan sememangnya tinggi dek kerana kesibukan dalam menghadapi imtihan dan menuntut ilmu kita melihat seolah-olah ianya lenyap. kita ingin memastikan tohmahan yang mengatakan mereka yang terlibat merosot dalam pengajian mereka. atas sebab itu kita tidak ingin membiarkan ahli yang terlibat dengan PMRAM gagal dan merosot dalam pengajian, ilmu dan thaqafah mereka. bahkan eprlu ditingkatkan segala ilmu yang perlu disamping mempertingkatkan kebersamaan kita di dalam menjaga persatuan induk yang telah lama bertapak menaungi anak-anak melayu di Perlembahan Nil ini.

bersama berdoa semoga PMRAM akan terus memperjuangkan matlamatnya yang utama menjaga kebajikan ahli dari semua sudut selagi yang termampu dalam konteks sesama pelajar kerana pimpinan PMRAM bukanlah dikalangan graduan akan tetapi masih dalam konteks pelajar dan sememangnya terdapat kekurangan dan kesilapan di sana.

selamat menduduki imtihan dan semoga kejayaan milik kita bersama untuk kembali menegakkan syiar ISLAM yang semakin ditinggalkan oleh umat ini.

sekian... =)
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  Adakah PMRAM Sedemikian Rupa?? zulmarwa 3 1,739 09-10-10, 09:10:33
Last Post: Akhawat Zagazig
Question Benarkah PMRAM semakin kehilangan sokongan ahli? zulmarwa 16 3,854 09-01-22, 06:01:26
Last Post: kamal
Smile Muktamar/mesyuarat tahunan PMRAM semakin hampir... zulmarwa 2 1,004 07-12-13, 09:12:12
Last Post: zulmarwa

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)