Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ubah Mentaliti Orak Paradigma
#1
Kesyukuran yang infiniti dipanjatkan ke pada Allah SWT atas kesempatan ruang yang diberikan untuk ku menukilkan buat renungan kita bersama dalam membangunkan ISLAM di era akhir zaman yang penuh dengan onaknya. Selaut salam selawat ke hadrat Kekasih Sang Pencipta yang mencetuskan api hidayah sehingga berjaya menyambar hati-hati manusia yang sememangnya mencari cahaya kebenaran. Alhamdulillah melimpahi sepenuhnya ruang hati nuraniku dengan nur taufik dan hidayah Nya, Insyaallah. Juga kepada kalian semua. Saban hari dan saban tahun kila perhatikan pelbagai kerosakan telah berlaku di atas muka bumi ini dan berjayalah perancangan Yahudi Nasrani yang berkomplot bersama Syaitan Laknatullah untuk menyeatkan umat ISLAM dari mengikuti jalan kebenaran yang terbentang di hadapan mata.

Sedar ataupun tidak kita semakin menghampiri ke tahun yang berikutnya di penghujung tahun 2007 di awal bulan Disember ini. Disepanjang akhir bulan November yang lepas kalau dilihat pelbagai perkara negatif yang telah berlaku. Di penghujung tahun inilah kebiasaannya dilakukan pelbagai kajian dengan membandingkan statistik kajian tahun ini dengan tahun tahun sebelumnya. Maka kita lihat statistik yang dikeluarkan sungguh mengecewakan lantas meremukkan hati ini.

Sebuah akhbar nasional pro-kerajaan, Utusan Malaysia bertarikh 30 November 2007 menyatakan dengan bangganya 'Kes rogol meningkat, lebih 70 peratus mangsa 18 tahun ke bawah'. Apa perasaan anda apabila membaca kenyataan akhbar ini? Sememangnya ada yang akan mengatakan 'biasalah tu, dah tak boleh kawal nafsu...'. Dan pelbagai lagi jawapan yang seolah menggambarkan sesuatu yang normal. Adakah ini yang dimahukan oleh rakyat yang menganut agama ISLAM melihatkan fenomena rogol ini menjadi perkara biasa? Menurut statistik sebanyak 2,432 kes pada tahun ini berbanding 1,849 kes pada sesi lepas. Di manakah perginya gagasan ISLAM H*****I yang dicanang-canangkan selama ini? Apabila ditanyakan persoalan mengenai kesan perlaksanaannya maka jawapan yang akan dijawab pastinya 'kesannya bukan sekarang, memakan masa yang lama...'. Lama lagi sampai bila agaknya? Adakah mereka ingin melihat keruntuhan akhlak masyarakat yang berada di tahap yang kritikal barulah memulakan tindakan sewajarnya lantas mengeluarkan kenyataan 'saya pantang dicabar'?.

Apabila melihatkan situasi yang berlaku tika ini kita nilailah sendiri. Sememangnya insan yang mempunyai ilmu pengetahuan ISLAM yang kukuh sahajalah yang mampu menimbang tara segala perkara tersebut dengan dacing ilmu yang diperolehi semoga disinari dengan pancaran nur purnama hidayah dalam menimbang tara segalanya itu. Fikirkanlah dengan sematang yang mungkin jangan mengikut emosi semata-mata yang akhirnya membawa kepada kepada kehancuran seandainya tidak dipandu dengan suluhan Quran dan Sunnah.[font=Trebuchet MS]

Dalam satu lagi kenyataan akhbar nasional pro-pembangkang, Harakah Daily bertarikh 30 November 2007 pula menyatakan satu mentaliti yang realistik dan ada benarnya apabila diamati. Kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang dipercayai ilmunya, Ustaz Haron Din menyatakan 'rakyat Malaysia ISLAM sememangnya inginkan perubahan akan tetapi mereka merasakan apabila ISLAM memerintah negara maka segala aktiviti sosial mereka akan hilang sama sekali'. Inilah realiti mentaliti yang dilihat membarah di minda masyarakat. Biarlah mereka susah dengan kenaikan pelbagai harga barangan, tol dan sebagainya. Apa yang penting 'periuk nasi' mereka tidak diganggu dalam menjalani kehidupan harian yang penuh dengan sosial maksiat semata-mata. Adakah benar apa dinyatakan oleh ulama' ini? Sememangnya menurut pengamatan beberapa orang pengkaji kebanyakan masyarakat mempunyai mentaliti sedemikian. Seandainya mentaliti ini tidak diubah akan memudaratkan masyarakat yang semakin serius masalah kerosakan akhlak ini sekaligus melumpuhkan institusi keagamaan yang ingin dibina.

Sekiranya diperhatikan sepintas lalu sememangnya usaha-usaha untuk mengubah keadaan yang semakin kritikal ini telah lama dijalankan akan tetapi wujud beberapa pihak dikalangan pemerintah kerajaan yang tidak senang dengan usaha tersebut mengadakan perlbagai sekatan. Adalah tidak masuk dek akal untuk mengadakan dan menjalankan aktiviti pengislahan dakwah masyarakat perlu untuk mendapatkan lesen, pengesahan dan kertas hitam di atas putih terlebih dahulu. Apa kejadahnya sampai ke tahap itu prosedur yang perlu dilakukan untuk membetulkan masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa sekarang ini? Ada institusi keagamaan dan mufti untuk menegur sebarang kesalahan yang bertentangan dengan syarak tidak diendahkan. Bahkan dikecam dan diancam dengan bermacam-macam tindakan yang menakutkan.

Inilah realitinya suasana di Tanah Air yang berada di tahap yang paling merbahaya walaupun kita lihat pelbagai pembangunan dan kemodenan telah dilakukan untuk kesenangan rakyat. Akan tetapi aspek akhlak dan moral tidak disemai dengan sebaik-baiknya seiring dengan pembangunan yang dilaksanakan. Sia-sialah pembangunan yang dilakukan dalam masa yang sama masyarakat hancur akhlak dan moralnya sama seperti orang kafir yang sememangnya tidak menitik beratkan perkara ini. Bersama kita memikirkan masalah umat yang kita sayangi sebelum ianya dipersoalkan di hadapan Allah kelak sebelum sempat kita berusaha untuk mengubahnya.[align=justify][color=teal]
Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)