Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Menteri EMOSI
#1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan ruang dan peluang kepada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih panjang penuh dengan ranjau likunya. Salam dan selawat melimpah ruah dihadiahi kepada kekasih hati, Rasulullah S.A.W semoga terpimpin diri ini sentiasa. Di kesempatan yang ada ini juga tahniah diucapkan kepada Kedutaan Besar Malaysia Di Mesir kerana berjaya menganjurkan Pameran Kerjaya dan Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 pada 26 dan 27 November 2007 bertempat di Cairo International Convention Centre (CICC) di Kaherah, Mesir. Sekurang-kurangnya program sedemikian membuka mata kepada lepasan Universiti Al-Azhar tentang peluang kerjaya mereka kelak.

Walaupun disebaliknya program tersebut dijalankan dan dianjurkan di bawah Ahli Jawatankuasa Khas Kelab Umno Luar Negara. Namun selagi mana ianya bermanfaat untuk karier masa depan, maka tidak menjadi masalah dan bukanlah bermakna menyokong kewujudan kelab penyokong anti kerajaan itu. Nak buat macam mana kerana mereka yang memerintah 'Malaysiaku Gemilang' maka segala mandat dan kekuasaan berada di tangan mereka buat masa ini. Kalau diperhatikan dari kacamata kasar bukanlah mereka-mereka dikalangan ahli kelab tersebut yang bertindak menggerakkan program mega tersebut akan tetapi 'bukan ahli' yang banyak membantu menjayakannya. Melihatkan sahabatku yang begitu gigih dan bersungguh-sungguh dalam menjayakannya terdetik di hati ini, 'penyokong-penyokong kerajaan ni pandai makan duit je ke apa?'. So, pandai-pandailah nilai dengan serebrum otak kalian. Semoga segala bantuan yang dilakukan oleh mereka dicatit pada bahu kanan sebagai kebaikan.

Berbalik kepada tajuk yang difokuskan pada entri kali ini. Pada perasmian program yang julung-julung diadakan di Timur Tengah ini oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi, banyak menyentuh soal kemerdekaan dan kemajuan negara yang dikecapi disamping soal Palestin yang ditimbulkan. Selesai ucapan perasmian, telah dibuka sesi dialog bersama pelajar. Maka dikesempatan itu Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Saudara Hairul NIzam Mat Husin mengajukan dua soalan berkaitan dengan isu Palestin memandangkan Pak Lah merupakan Pengerusi OIC dan juga berkaitan dengan kelemahan lepasan Al-Azhar dalam berbahasa Arab adalah berpunca kerana lemahnya penekanan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Turut serta diutarakan sebahagian cadangan yang boleh didapati draf cadangan memorandum tersebut di laman web PMRAM. Ketika diajukan soalan dan cadangan tersebut bergemalah dewan tersebut dengan tepukan para pelajar sebagai tanda menyokong.

Setelah itu diikuti dengan pengutaraan soalan dan cadangan dari seorang mantan Pengerusi Muntada Islam Hadhari Malaysia Mesir, Saudara Mohd Faizal Sabhon yang banyak menyentuh berkaitan persoalan yang dibangkitkan ketika Perhimpunan Aguang UMNO baru-baru ini. Antaranya soal penubuhan Jabatan Mufti Kebangsaan oleh Ketua Pemuda UMNO, masalah Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik oleh Ketua Puteri UMNO dan sebagainya yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap parti komponen kerajaan Malaysia itu. Dan soalan terakhir wakil dari Perubatan yang menyentuh soal perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat sedangkan peruntukan yang diberikan masih sama seperti zaman 80 dan 90 an. Sememangnya para pelajar yang hadir pada ketika itu yang mencecah hampir 3000 orang mampu membezakan yang manakah soalan yang menitikberatkan soal kebajikan pelajar dan yang sebaliknya.

Apa yang menjadi kemarahan penulis dan sebahagian besar yang hadir pada malam tadi ketika majlis penutup ketika ucapan 'menteri emosional' apabila beliau menemplak soalan yang berkaitan Palestin bukanlah soalan yang sepatutnya ditanya dan kelemahan lepasan Al-Azhar berbahasa Arab adalah berpunca dari pelajar itu sendiri ketika di institut pengajian yang tidak bergaul dengan masyarakat tempatan. Beliau bahkan memuji soalan yang dikemukakan oleh wakil pelajar perubatan kerana mengambil berat tentang kebajikan pelajar. Akan tetapi mengapa beliau tidak menemplak dan mengkritik soalan yang diutarakan oleh mantan pengerusi gagasan kerajaan itu? Walaupun beliau tidak menyatakan nama si penyoal akan tetapi jelas beliau menemplak seseorang yang cukup dikenali di Perlembahan Nil ini. Bahkan beliau turut menambah bahawa para pelajar yang memberikan tepukan ketika 'insan tersebut' bangun menyatakan soalan adalah mengikut emosi semata-mata. Siapa sebenarnya yang mengikut emosi? Saya yakin semua yang hadir dan sidang pembaca mampu menjawab soalan ini kecuali mereka yang telahpun dibutakan dengan kesenangan oleh pihak tertentu.

Dalam ucapan 'menteri emosional' itu juga beliau turut menemplak kerajaan dan rakyat negeri KELANTAN dan TERENGGANU secara umum dengan menyatakan mundur tanpa kemajuan menyebabkan rakyat negeri tersebut yang berhijrah ke bandar-bandar metropolitan banyak melakukan jenayah. Sambil mengatakan beliau memberikan kenyataan tersebut mengikut statistik yang dikajinya. Berbanding dengan negeri-negeri lain yang jauh lebih maju dan kurang jenayah katanya lagi. Cukup nyata dan jelas kenyataan yang berbaur sentimen kepartian di sini akan tetapi menafikannya dengan mengatakan sekadar satu kesedaran dan teguran bukanlah mengikut emosi. Saya dapat merasakan ketidak selesa mereka yang merupakan rakyat dari kedua-dua negeri tersebut ketika mana disentuh sentimen tersebut. Saya tidak menyangka sejauh itu sanggup beliau menghilangkan kepercayaan pelajar yang semakin hilang kepadanya. Sememangnya satu tindakan yang berani. Tahniah diucapkan kepada beliau dan kepada kalian semua fikirkan dengan 'neraca ilmu' yang diperolehi dan jangan berdasarkan akal semata.

Saya rasa cukup sekadar itu untuk meluahkan isi hati yang terpendam semoga memberikan kesedaran kepada kita dalam membezakan mana yang hak dan mana yang batil tanpa mengikut perasaan dan emosi benihan syaitan. Bersama kita jauhkan sebarang sentimen kepartian dalam sesi pengajian selagi mana kita masih berada di peringkat pengajian sehinggalah kita tamat. Akan tetapi andai ianya pandangan dan prinsip peribadi terpulang asalkan jangan melibatkan sebarang persatuan pelajar demi menyahut seruan kerajaan yang semakin menjadi sangsi kepada kita sejauh mana perlaksanaannya sehingga terdapat menteri yang menyelia Kelab UMNO Luar Negara. Apa nak jadilah? Fikir-fikirkan dengan sebaiknya. Selamat menjalani pembelajaran di kuliah yang berbaki 4 minggu sebelum memasuki musim imtihan. Ayuh ke kuliah punggahlah mutiara-mutiara ilmu yang bertaburan di lautan Bumi Anbia' ini.[font=Trebuchet MS][align=justify][color=teal]
Reply
#2
hemmm...btul3 ana sokong ape yg ust rasul tulis....x nk tulis panjang2 nnt ade yg komen..........................huhuhuhu


Big Grin
Reply
#3
ape la mentri sorang nie....nampak je org pakai jubah berserban takut semacam....lagi takut nampak hantu rase nyer MENTRI sorang ni...

orang tepuk gemuruh pon dia sebok2 kate org tu gini,,gitu,,....pak lah x pon bising mase USTAZ tu dapat tepokan gemuruh....lagi pon semua org knal sape dia USTAZ...

tapi yg aku tabik sgt la mase USTAZ tu bagi cadangan kat PM...cadangan yg btul2 nk menolong pelajar azhar..antara nye la...latihan bahasa arab yg kukuh bermula dari malaysia lagi utk memudahkan para pelajar berbahasa ARAB d sni..

n yg paling lawak la bagi aku...org slpas dia tu,,,cam terketar2 je bagi soalan..padahal kat tangan dh ade kertas...cakap pon tergagap..wa tabik la sama lu USTAZ...gentle x yah pon dia pakai kertas..spontan je dari mulut....



p/s: berbeza antra org yg ikhlas n xde ikhlas...
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  Elaun Agong,Sultan dan Menteri Di Malaysia xzillz 3 3,613 08-01-29, 10:01:47
Last Post: jiwa

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)