Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Cinta Islamik: Istilah Yang Disalahguna?
#31
Assalamualaikum.

Sebelum ana nak respon beberapa soalan atau terjahan minda ana ni. Ana minta sesiapa yang nak ikut perbahasan ini sila lihat dahulu tajuk dan keterangan ana berkenaan tajuk ini diawal posting ye. Supaya nanti tak melalut atau keluar tajuk.Big Grin


Quote:pt hj adnan menulis:

mm.. cinta tu bukan wasilah untuk kenal dan terus ke arah berumahtangga ke en. admin..? jd masa nak kenal2 ngan si dia atau keluarganya x bole ada apa2 prasaan la ye.. oic.. baru tahu.. hehe oo.. bila dah kenal dan setuju, perbincangan antara keluarga untuk majlis khtibah.. (khitbah ni pun bukan lesen nak bercinta lagi ye?) oic lagi sekali.. jadi, apa agaknye ye perasan yg sesuai utk di gunakan bg mereka yg dah bertunang.. sbb bertunang pun seblum kawin juga kan.. rasa nye, klau x banyak.. akan ada sikit la prasaan cinta tu bila kita dah jumpa pilihan hati..sbb ianya naluri.. bukan nak memblakangkan hukum.. sekadar beri pandanagan.. klau salah harap tegur.. huhuhu

Jika tanya pendapat ana, jawapan ana begini ye pt hj adnan.

Cinta bukan wasilah untuk kenal. Cinta adalah satu perasan yang dicampak oleh Allah SWT kepada makhluknya, terutama manusia. Untuk merealisasikan cinta antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ianya melalui perkahwinan. Sepertimana firman Allah:

[Image: 4_3.gif]

Maksudnya cari sendiri. Korang semua ustaz ustazah.

Ok fokus kembali dengan CINTA ISLAMIK: Bercinta mengikut lunas-lunas syarak. Syarak ni tak perlu ler ana sebutkan juga. Maka berkaitan dengan naluri cinta, perasaan hendak atau mahu, tidak boleh dinafikan ianya ada, maka salurannya ialah dengan berkahwin.

Apa yang korang faham dengan dua pasang bercinta. Bercinta ini ialah satu perbuatan apabila meletakkan imbuhan "ber". Jadi bila bercinta ini yang lahir di situ ialah:

1. Saling sayang menyayangi (mahabbah)
2. Rasa hormat menghormati
3. Bersatu (mawaddah) dalam satu bentuk keluarga.
4. Dan akhirnya ianya mempunyai matlamat.

Keempat-empat perkara ini juga mempunyai anak2 keterangannya. Kalau nak diterangkan takut berjela2 nanti.

Jadinya kalau kita nak tengok keadaan sekarang, muda-mudi bercinta melanggar habis batas-batas syarak. Akhirnya terbina sebuah rumah tangga yang cacamarba. Kerana bercinta semasa berumah tangga tidak diatur dengan cinta Islamik. Maka banyaklah perkara yang tidak Islam ingini berlaku.

Khitbah yang disyariatkan Islam ialah antara wasilah2 untuk membina rumahtangga. Bukan wasilah untuk bercinta. Dalam perbahasan khitbah ini baik korang rujuk semula, apa yang korang belajar dalam ahwal syakhsiah. Ataupun ana syorkan bukan thread baru khusus persoalan khitbah.

Rasanya selesai respon untuk pt hj adnan. Hamba bukanlah sebenar2 individu yang layak untuk menjawab persoalan2 seperti ini. Tapi dah ditanya, ana jawab sebaik mungkin.
Reply
#32
Kemudian balqis faisya minta ana respon dengan soalan yang dilontarkan.

Quote:balqis faisya menulis:

salam...klu mcm 2 blh ustz akmal terangkan pd sy x ttg hadis ni

sabda rasulullah s.a.w:tidak kami dapati daripada DUA ORG YG SEDANG BERCINTA ITU lebih baik drpd nikah.riwayat ibnu majah dan diklasifikasikan sbg sohih oleh al-busoiri dan al-albani dlm alsilsilah alsohihah:624


bkn ke hadis itu mnnjukkan bahwa x da larangan utk bercinta cuma lebih baik jika nikah?bg sy x da larangan utk bercinta sblum kawen..klu pndapat sy ttg hadis ni salah sila tegur...

Hadis tersebut balqis faisya yang dapat matannya dalam kitab yang ustazah rujuk. Maka sepatutnya balqis faisya lah yang mensyarahkan hadis tersebut berdasarkan kitab yang dirujuk.

Jika mahukan syarah dari ana, ana tetap mengatakan bahawa Nabi SAW mentahbitkan haram bercinta sebelum kahwin. Hadis tersebut soheh sekalipun tapi kene lihat betul syarahnya.

Sebelum ini ana membawa dua buah hadis, kedua2nya ada matan mesyarahkan matan tersebut. Wadhih lagi jelas. Tak mengapa, ana quotekan kembali:

Quote: Hadis Pertama:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti” -Muslim

Hadis kedua:

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya yang bermaksud:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Maka berkenaan dengan hadis yang balqis faisya bawa tadi tidak boleh menjadikan dalil bahwa Nabi SAW menghalalkan atau mengharuskan atau membenarkan bercinta sebelum berkahwin. Ianya merujuk kepada perlakuan dua pasangan yang bercinta sebelum kahwin, maka lebih baik ia berkahwin jika mahu atau ingin meneruskan agenda percintaan mereka.

Inilah peranan Nabi SAW terhadap mad'u yang dihadapinya. Zaman permulaan Islam Nabi SAW tidak mengambil jalan singkat untuk mengatakan ini haram itu haram. Penjelasan demi penjelasan perlu dibuat. Maka kalau kita mahu cari, banyak hadis-hadis yang soheh bagaimana cara-cara bercinta dalam Islam. Tetapi cara-cara tersebut hanya boleh dilaksanakan setelah berkahwin, sebelum berkahwin tiada.

Cuma berkenaan dengan wasilah-wasilah untuk berkahwin ada Nabi SAW sebutkan. Sepertimana banyak disebut dalam kitab-kitab muktabar.

Baik, kita sentuh perkataan "lebin baik". Di sini ana suka bawakan firman Allah:

[Image: 2_219.gif]

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih dari keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, (Surah Al Baqarah. ayat 219)

Dalam ayat ini ternyata minuman arak ada disitu kebaikkan, tetapi lebih baik ianya ditinggalkan. Kerana dosanya lebih besar dan manfaatnya. Adakah manfaat yang ada pada arak terebut boleh menjadi dalil bahawa kita boleh gunakan ia? Hukum terhadap ayat ini telah dimansuhkan. Ayat ini tidak meletakkan pengharaman total minum arak.

Baik, kemudian balqis faisya menyebutkan:

Quote:"CINTA ITU ADALAH SATU PERASAAN YANG DIKURNIA ALLAH KEPADA SETIAP INSAN.ISLAM TIDAK PERNAH MENGHALANG SESUATU YANG MERUPAKAN FITRAH.TETAPI ISLAM MEMBERIKAN GARIS PANDUAN AGAR KEHIDUPAN MEREKA TERPELIHARA DARIPADA KEROSAKAN.MENCINTAI SESEORANG MESTILAH KERANA MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN MENURUTI PERATURAN SYARAK."

Tiada sebarang kesalahan atau apa2 bantahan dari kenyataan tersebut dan ianya ana akui benar. Tetapi ia bukanlah dalil untuk kita bercinta sebelum berkahwin. Samada bercinta kononnya mengikut syarak atau tidak.

Selesai.
Reply
#33
Quote:ishaq hanis menulis:

Pertama sekali cuba kita fikirkan apa tajuk yang sedang kita bincangkan ini. Saya nampak bahawa kekeliruan pertama yang berlaku adalah tajuk 'Cinta Islamik'. Persoalannya, wujudkah cinta islamik di dalam Islam?

Kebanyakan respon yang diberikan oleh ahli adalah percintaan ngada-ngada antara lelaki-perempuan sebelum atau selepas perkahwinan. Jika begitu, mengapa tidak diletak sahaja tajuk "Percintaan Remaja Sebelum Kahwin", ataupun "Cinta sebelum Kahwin - Pro dan Kontra", atau mahu lebih sedap "Men Are From Mars, Women Are From Venus - Pros & Cons", atau lebih enak "Cinta Ngada-ngada - antara Kehalalan dan Keharaman", saya fikir tajuk2 sebegini lebih tepat.

Untuk ishaq hanis ana quotekan apa yang ana tulis diawal perbahasan:

Quote:Admin menulis:

Cinta Islamik: Istilah Yang Disalahguna?

Assalamualaikum

Mula2, sibuk bahaskan dengan kengkawan serumah jer. Tapi ana nak bawa juga hal ni kepada antum semua. Pada antum laa. Cinta sebelum kahwin ni boleh ke jadi Cinta Islamik?

Sebagai contoh:

"saya bercinta, tp tak berjumpa, tak pegang2, tak call2, panggil ustaz-ustazah tak panggil abg-ayang"

"Kami saling kejut dengan sms tahajjud"

Agaknya, boleh ke amalkan hal2 ini dari mengelakkan dari pelbagai zina? Paling tidak "zina hati". Hati boleh berzina ke? huhu

Quote:ishaq hanis menulis:

Jika berbalik kepada istilah 'Cinta Islamik', maka adakah disebalik cinta islamik itu ada 'Cinta non-Islamik' ataupun lebih mudah lagi 'Cinta Kafirik'? Islamik dalam erti kata yang lain adalah menjadi sebagai sifat bagi mausuf iaitu (cinta), di dalam bahasa inggeris 'Islamic' ini adalah sebagai kata adjective yang menjadi sandaran/sifat kepada realiti cinta itu. Maka, adakah cinta itu juga ada yang bersifat Islam dan bukan Islam? Atau mungkin juga CINTA itu sesuatu yang universal, walhal yang menjadikannya halal atau haram adalah sifat pencinta yang tidak mematuhi arahan dalam bercinta?

Jadi, ia suatu skop yang kecil untuk mengatakan bahawa cinta itu bersifat Islam atau bukan Islam disebabkan pencintanya (dari golongan pencinta yang ngada-ngada) yang telah melanggari arahan dalam bercinta.

Saya rasa ramai yang salah faham sebab mengecilkan kefahaman dalam satu kalimah ini iaitu CINTA...

Kalau disebut tentang cinta, maka kefahaman yang saya rasa paling tepat sekali adalah cinta itu sangat luas interpretasinya (tafsirannya) dalam kehidupan. Cinta itu secara mudahnya dapat digambarkan sebagai suatu perasaan, suatu kasih sayang, sesuatu yang menyentuh hati, komitmen, emosi, intimasi, persahabatan, mahabbah, ghairah, keseronokan, pertolongan, ketaatan dan lain-lain lagi.

Bukankah sifat kita yang suka tolong-menolong sesama muslim adalah interpretasi kepada ke'cinta'an kita terhadap saudara sesama muslim? Maka tidakkah percintaan yang sebegitu dibenarkan di dalam islam? atau lebih tepat lagi, tidakkan kecintaan kita sesama muslim (tak kira lelaki dan perempuan) itu dibenarkan sebelum 'berkahwin'? :-)

Kalaupun ada yang mengatakan, cinta yang islamik itu adalah cinta kerana ALLAH sebab Allah adalah matlamat bagi segala cinta, maka bagaimana pula cinta ALLAH SWT kepada makhluknya? tentu sekali matlamatnya adalah untuk makhluk. Adakah ianya juga dikatakan sebagai 'Cinta Islamik'?

Firman ALLAH s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 31 :

[Image: 3_31.gif]

Untuk rakan-rakan semua, bila dengar sahaja tentang CINTA, jangan terus membayangkan sikap 'ngada-ngada' antara lelaki dan perempuan, kerena CINTA bukan sekadar itu sahaja. Cinta adalah sangat luas. Ia adalah setitis naluri yang diletakkan Tuhan dalam hati makhluk-makhluknya. CINTA adalah suatu rahmat yang cukup besar. Jika rahmat CINTA kurniaan Allah s.w.t itu ditarik sekelip mata, kita tidak akan mengenal siapa Tuhan dan kita akan menjadi buta. CINTA adalah rahmat...

Jadi kalau mahu berbicara tentang percintaan 'ngada-ngada' antara lelaki dan perempuan sebelum/selepas berkahwin, saya fikir elok tajuknya ditukar sekurang2nya menjadi "Men Are From Mars, Women Are From Venus - Pros & Cons" misalnya, seperti buku popular tulisan John Gray yang membicarakan perihal perbezaan lelaki dan perempuan dalam konteks rumahtangga.

Ahli bait ana ini cuba menghuraikan:

1. Apa itu cinta Islamik
2. Apa itu cinta
3. Cinta Allah terhadap makhlukNya

Apa yang diulasnya baik, tetapi rasa ana yang membuka thread ini ia seperti lari dari fokus untuk tajuk yang ana buka ini. Perhatikan tajuk dan apa yang ana tulis awal2 posting.

Maka ana harap ahli-ahli komunit Diskusi BKPJM dapat fokus apa yang ana bawakan awal-awal. Supaya tidak menyimpang dari apa yang ana bawakan untuk dibincang.

Senang-senang ana bawakan sekali lagi:

Quote:Admin menulis:

Cinta Islamik: Istilah Yang Disalahguna?

Assalamualaikum

Mula2, sibuk bahaskan dengan kengkawan serumah jer. Tapi ana nak bawa juga hal ni kepada antum semua. Pada antum laa. Cinta sebelum kahwin ni boleh ke jadi Cinta Islamik?

Sebagai contoh:

"saya bercinta, tp tak berjumpa, tak pegang2, tak call2, panggil ustaz-ustazah tak panggil abg-ayang"

"Kami saling kejut dengan sms tahajjud"

Supaya tidak lari dari perbahasan ana minta baca satu persatu. Apa yang ana nak fokuskan ialah Cinta Islamik: Istilah yang disalahgunakan?.

Ianya timbul dikalangan pelajar2 IPT sekarang yang kononnya bercinta, tetapi tidak seperti pasangan-pasangan lain. Seperti kartun yang ana bawakan sebelum ini.

Cuma ana nak jawab di sini, ada CINTA ISLAMIK DAN ADA CINTA BUKAN ISLAMIK.

Berkenaan dengan KENYATAAN diharuskan atau HALAL bercinta sebelum kahwin jika merujuk percintaan antara lelaki dan wanita bukan mahram maka kenyataan ini ana sanggah 100%.

Wallahua'lam
Reply
#34
bukan ape En.Admin, saya cube terangkan pada ahli yang lain tentang maksud cinta. Kan ade sesetengahnya yg bertanya (konfius) apa sebenarnya itu cinta?

Tapi maaf la kalau penerangan saya tentang 'cinta' itu terkeluar dari tajuk, saya ok jer kalau en.Admin nak delete penerangan saya tu dari thread ni... (iskk..isk.. sedeynye) huhu..

tapi la kan tuan Admin, saya ada musykil sikit la bila tuan Admin katakan yang tuan menyanggah 100% (haram) bercinta lelaki-perempuan sebelum berkahwin. Habis tu kenapa tuan (baca: orang lain) bertunang dengan seorang perempuan? bukankah pertunangan itu di dasarkan atas dasar cinta? ataupun memang tuan tak cintakan si 'dia' kot? huhu (soklan perangkap)

dan kemusykilan lain, "si A suka (cinta) dengan seorang perempuan tapi si A pendam dan tak mahu memberitahunya sebab si A masih muda. Si A fikir sekarang bukan masa untuk mendirikan rumah tangga. tapi cinta itu lahir dari hati si A. bagaimana si A mahu buangkan rasa cinta itu sedangkan si A tak mahu mengahwininya ketika ini, sebab telah terbaca kenyataan en.Admin mengharamkan rasa cinta sebelum berkahwin. bukankah rasa cinta itu adalah naluri dan tak mampu diharamkan?"

maaf lagi sekiranya keluar tajuk.... huhu
Reply
#35
ishaqhanis Wrote:bukan ape En.Admin, saya cube terangkan pada ahli yang lain tentang maksud cinta. Kan ade sesetengahnya yg bertanya (konfius) apa sebenarnya itu cinta?

Tapi maaf la kalau penerangan saya tentang 'cinta' itu terkeluar dari tajuk, saya ok jer kalau en.Admin nak delete penerangan saya tu dari thread ni... (iskk..isk.. sedeynye) huhu..

tapi la kan tuan Admin, saya ada musykil sikit la bila tuan Admin katakan yang tuan menyanggah 100% (haram) bercinta lelaki-perempuan sebelum berkahwin. Habis tu kenapa tuan (baca: orang lain) bertunang dengan seorang perempuan? bukankah pertunangan itu di dasarkan atas dasar cinta? ataupun memang tuan tak cintakan si 'dia' kot? huhu (soklan perangkap)

dan kemusykilan lain, "si A suka (cinta) dengan seorang perempuan tapi si A pendam dan tak mahu memberitahunya sebab si A masih muda. Si A fikir sekarang bukan masa untuk mendirikan rumah tangga. tapi cinta itu lahir dari hati si A. bagaimana si A mahu buangkan rasa cinta itu sedangkan si A tak mahu mengahwininya ketika ini, sebab telah terbaca kenyataan en.Admin mengharamkan rasa cinta sebelum berkahwin. bukankah rasa cinta itu adalah naluri dan tak mampu diharamkan?"

maaf lagi sekiranya keluar tajuk.... huhu

Jawapannya ada ana jawabkan dalam soklan pt hj adnan. Jadi letih plak nak jawab lagi dengan keseluruhan soklan. Dari awal-awal pun dah dijawab. Dah masuk page 3 dah ni. Berulang2 nanti boring plak yang lain baca. huhu
Reply
#36
Subhanallah, begitu hebat perbincangan ini sehingga terdapat sekian dalil drp Al-Quran dan Hadis. Ana mencadangkan agar diadakan forum yang memberi ruang penglibatan ahli-ahli panel yang dipilih untuk membentangkan dan membincangkan tajuk ini dalam program BKPJM akan datang. Forum ini dapat memberi lebih ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang masalah ini.
Reply
#37
ishaq oh ishaq..jom r kite bercinta..yela kite mmg susah nak bercinta coz blom tunang..kene cari dulu..btul x farhana??

org kalo bercinta akan perkukuhkan cinta tu ...
org kalo tak bercinta akan cakap dia tak betul tp kalo org tunang plak camnilah gayanye..huhuhu..

jom kite cintekan ALLAH jer..lagi bek..

farhana oh farhana..
ko cantik tp berbisa..Cool
Reply
#38
cinta sebelum nikah..
setia pada perkara yang tak pasti...
risiko yang tinggi...
Reply
#39
Sepanjang yang aku baca tentang pendapat Akmal, aku merumuskan beberapa perkara.

1 - tiada cinta islamik sebelum kahwin.
2 - menyanggah kewujudan cinta islamik antara laki perempuan sebelum kahwin, dengan dalil2 seperti yang disebutkan, ayat quran dan hadis.
3 - cinta bukan wasilah untuk kenal.
4 - perkahwinan adalah cara cinta islamik.

Sbelum lebih jauh, aku nak jelaskan pandangan bahasa sikit. Ikut logik yang lebih mudah difahami.

Cinta adalah perasaan. Tapi 'bercinta' yang dimaksudkan oleh kita semua ada 2. bercinta dengan maksud, mempunyai rasa cinta. dan cinta dengan maksud, berbuat sesuatu yang melambangkan cinta.

Cinta adalah perasaan. So, siapa tolak kewujudan cinta adalah melawan fitrah.

Bercinta dalam erti kata 'mempunyai rasa cinta' juga adalah perasaan. Contoh, mempunyai rasa cinta apabila terpandangkan al-Azhar, adalah perasaan, siapa yang menolak cinta dalam erti kata ini jga digolongkan melawan fitrah.

Bercinta dalam erti kata 'melakukan sesuatu yang melambangkan cinta', kemudian disubkan di bawah, adakah ia islamik atau tidak?

Akmal menolak 'bercinta jenis yang ini'. Iaitu melakukan sesuatu yang melambangkan cinta. kerana bagi beliau, ia tak islamik. bahkan, kalau nak menjadikannya islamik pun tak wujud.

lalu dipersoalkan oleh ishak. bukankah melakukan pertunangan itu suatu perbuatan yang melambangkan cinta?

apa yang aku nampak, kalau kita tersalah hujah, kita wajar tiru cara abuzar, dengan menarik balik hujahnya.

kembali kepada tajuk. akmal menolak segala jenis 'bercinta' sbelum kahwin, dalam erti kata berbuat sesuatu yang melambangkan cinta.... tetapi secara ironinya, dia tak pula menolak pertunangan dll.

So, ramai jadi konfius.

maka, aku cuba bahagikan lagi erti bercinta - dalam erti kata - melakukan sesuatu yang melambangkan cinta.

mungkin maksud akmal, perbuatan yang melambangkan cinta ini ada dua. (secara luar sedar) . 1 - yang sedia ada dalam syariat, speerti tunang dll. 2 - yang baru ada, seperti mesej, telefon, jumpa, dating, surat dll.

Aku nak guna istilah baru ada pun susah. kau orang jangan rod istilah 'baru ada' ok?

aku rasa, sesiapa tak menolak perbuatan yang melambangkan cinta, dalam bahagian 1 - iaitu yang sedia ada dlm syariat. kalau dia tolak, ertinya dia tak terima konsep pinang dll.

cuma, kita berselisih pada yang kedua. yang baru ada. Sehingga, dibincangkan, adakah ia layak digelar ISLAMIK, atau tidak.

seperti hujah aku sejak yang awal2 dulu, tak kira telefon ke, jumpa ke, dating ke, surat ke, kalau ia mengikut cara islam, maka ia dikira islamik.

itu pendapat aku. kalau kau orang nak rod, boleh mula dari sini.

Memang. dulu aku pun sependapat dengan akmal. tapi, di mesir aku tak mahu syadid sangat. dan aku rasa pendapat akmal sangat syadid. jangan marah ya.

telefon tak boleh? ia tak islamik? mesej tak boleh? ia tak islamik? surat tak boleh, ia tak islamik? miscall tak boleh? ia tak islamik? pnggiln abang sayang tak boleh? ia tk islamik?

soalan-soalan inilah yang kau orang boleh bincangkan...

Bagi aku, rumusan aku sangat simple, mcm yang aku tulis kat depan2 dulu. kalau ia ikut syariat, ia islamik, kalau tak, ia tak islamik.

Kalau kau orang faham apa yang aku maksudkan ikut syariat, tak kira dlm teledfon, mesej, surat, bertemu, dll, maka kau fhm maksud aku.

Aku masih ingat satu hdis, ketika seorang sahabat nak berkahwin tapi tak pun berjumpa dengan bakalnya... dia nak kawin tanpa pernah melihat muka... lalu nabi kata, unzur ilaiha...

nabi suruh pergi jumpa perempuan itu dan tengok perempuan itu. tentulah, dlm kadar2 yg dibenarkan syariat. berjumpa tak blh berdua, mesti ada mhram, itu ulama dah bincang.

wallahu a'lam.

ok, nak bincang lagi, sila rujuk bahagian kedua dlm pembahagian aku tadi.
Reply
#40
Cinta Islamik

Kesimpulan pendapat Admin:

Cinta:

1. Perasan
2. Naluri
3. Fitrah

"Aku suka padanya", "Timbul rasa cinta padanya". (Pendam atau zahirkannya adalah satu layanan perasaan, jika ianya belum berkahwin)

Bercinta:

1. Mempunyai matlamat.
2. Saling sayang menyayangi (mahabbah).
3. Rasa hormat menghormati.
4. Bersatu (mawaddah) dalam satu bentuk keluarga.

Ana simpulkan:

1. Tidak boleh bercinta sebelum kahwin (Samada mendakwa mereka bercinta dengan cinta islamik atau tidak)

2. Berkahwin adalah wasilah untuk bercinta

3. Cinta Islamik wujud ketika berkahwin

4. Cinta Islamik boleh tiada ketika berkahwin
(Lihat sahaja zaman sekarang, banyak contoh yang boleh diambil, bila tiada cinta Islamik diamalkan dalam membina rumah tangga, dengan tiada matlamat yang jelas, hidup seperti bukan seorang mukmin, apatah lagi yang belum berkahwin, mendakwa kami bercinta tapi ikut syarak, yang ini hanya layan perasaan, tak tau makna bercinta)

5. Ikut tatacara syarak untuk merealisasikan Cinta Islamik

Sekian.

p/s: Bagi yang nak bercinta sebelum kahwin (couple2), fikir masak2. Yang nak kahwin ahlan2, dan amalkan cinta islamik.Islam tidak syadid hingga tiada sebarang saluran untuk merealisasikan cinta anda. Jawapannya berkahwin.
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  bersuamikan llaki yang dulu x siqqah rakankaherah 1 1,206 08-02-26, 08:02:26
Last Post: jiwa

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)