Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Cinta Islamik: Istilah Yang Disalahguna?
#1
Assalamualaikum

Mula2, sibuk bahaskan dengan kengkawan serumah jer. Tapi ana nak bawa juga hal ni kepada antum semua. Pada antum laa. Cinta sebelum kahwin ni boleh ke jadi Cinta Islamik?

Sebagai contoh:

"saya bercinta, tp tak berjumpa, tak pegang2, tak call2, panggil ustaz-ustazah tak panggil abg-ayang"

"Kami saling kejut dengan sms tahajjud"


Agaknya, boleh ke amalkan hal2 ini dari mengelakkan dari pelbagai zina? Paling tidak "zina hati". Hati boleh berzina ke? huhu
Reply
#2
banyak betul idea ko maii...
bagus2..bukak aa thread bebanyakk...
baru bebudak ni sukee je nak masuk nanti..
huhuhu..

p/s : bincang2 pasal komik naruto x de ke?Tongue
Reply
#3
xpernah pun aku nampak hati tu keluar pergi berzina. majaz yang xmasuk akal, dan cuba utk melampau2. nanti timbullah istilah2 baru, usus berzina, jantung berzina, tulang belakang berzina.. istilah yang boleh kita kata ialah "hati itu cenderung nak buat maksiat" ataupun "maksiat hati". kalo x, orang yang berzina dengan hati itu wajib kena HUDUD sebagaimana HUDUDnya orang yang berzina.

selagi x langgar syariat bole saja dinamakan C.I, kena betul2 jaga, jangan sampai ada salah satu perbuatan kita yang melampaui batas syariat. kalo bercampur2, sama saja dengan orang yg x jaga batas syarak (org yg x bljr agama), x ada bezanya.

P/S: cinta yang tak melanggar batasan Islam dan selari dengan syariat.

amacam? Cool
Reply
#4
kadang-kadang benda yang haram manusia cuba mengubahnya kepada halal dengan bermacam-macam alasan.
Reply
#5
abu_zar Wrote:xpernah pun aku nampak hati tu keluar pergi berzina. majaz yang xmasuk akal, dan cuba utk melampau2. nanti timbullah istilah2 baru, usus berzina, jantung berzina, tulang belakang berzina.. istilah yang boleh kita kata ialah "hati itu cenderung nak buat maksiat" ataupun "maksiat hati". kalo x, orang yang berzina dengan hati itu wajib kena qisas sebagaimana qisasnya orang yang berzina.

selagi x langgar syariat bole saja dinamakan C.I, kena betul2 jaga, jangan sampai ada salah satu perbuatan kita yang melampaui batas syariat. kalo bercampur2, sama saja dengan orang yg x jaga batas syarak (org yg x bljr agama), x ada bezanya.

P/S: cinta yang tak melanggar batasan Islam dan selari dengan syariat.

Berzina kena qisas ke? huhu? Sepanjang pengajian ana ler. Berzina ni kalau muhsan kene rejam dan ghairu muhsan kene sebat 100 kali.

Cuma pada ana la, saluran untuk cinta islamik ni ialah berkahwin. Bagaimanapun dalam berkahwin pun gagal untuk mengamalkan cinta islamik.
Apabila cinta dalam perkahwinan itu bukan matlamatnya untuk membina usrah muslimah atau baitul muslim.

Apatah lagi yang belum berkahwin. Boleh ke macam tuh?
Reply
#6
Sebetulnya apa maksud cinta Islamik? Cinta menurut Islam ke? Kalau cinta menurut Islam, asal tak langgar syariat, itu sudah dikira islamik la.

Bagi aku, jangan mengukur ia islamik atau tidak hanya kepada sejauh mana kita boleh berbuat dengan pasangan. Orang yang dah kahwin, boleh buat macam-macam, dan ia islamik. Orang yang baru tunang, ia terhad, dan selagi tak langgar syariat, ia islamik.

Begitu juga, jangan mengukur ia islamik atau tidak berdasarkan berjaya atau tidaknya sebuah hubungan. Contoh laki A tunang dengan perempuan B, bercinta, sekali putus sebab dapat tahu rupanya adik beradik. Hubungan tak berjaya, tapi selagi caranya tak langgar batas islam, ia masih islamik kan?

Aku rasa istilah 'zina hati' tu provok je.
Reply
#7
mohdzaki Wrote:Sebetulnya apa maksud cinta Islamik? Cinta menurut Islam ke? Kalau cinta menurut Islam, asal tak langgar syariat, itu sudah dikira islamik la.

Bagi aku, jangan mengukur ia islamik atau tidak hanya kepada sejauh mana kita boleh berbuat dengan pasangan. Orang yang dah kahwin, boleh buat macam-macam, dan ia islamik. Orang yang baru tunang, ia terhad, dan selagi tak langgar syariat, ia islamik.

Begitu juga, jangan mengukur ia islamik atau tidak berdasarkan berjaya atau tidaknya sebuah hubungan. Contoh laki A tunang dengan perempuan B, bercinta, sekali putus sebab dapat tahu rupanya adik beradik. Hubungan tak berjaya, tapi selagi caranya tak langgar batas islam, ia masih islamik kan?

Aku rasa istilah 'zina hati' tu provok je.

Cuma "batas-batas" tu la masalahnyer. Perkara2 yang harus untuk dikategorikan dalam "batas2" ni la yang menjadi masalahnya. Betul, kadang kita merasakan kita tidak melanggar syarak, namun sejauhmana pantauan kita?

Tak dinafikan hati seorang teruna dan dara, merasakan perlukan sesuatu ikatan. Bak kata kita "ada magnet".

Tapi pada aku cinta islamik ialah cinta menurut islam dan menurut etika-etika yang diajar dalam alquran dan as sunnah. Dari mula melamar hinggalah cerai-berai.

Islam mengatur bagaimana cinta kepada Allah dan Rasul untuk membentuk cinta dua insan ni.

Suami Isteri pun, jika tidak mengamalkan cinta Islamik yang betul. Bukan matlamatnya untuk membina sebuah usrah muslimah atau baitulmuslim yang baik. Maka mereka juga gagal dalam cinta Islamik. Apatah lagi yang belum berkahwin.

Kalau kita tengok zaman atok2 kita dahulu. Ada yang menceritakan semuanya diatur keluarga. Ada kadang2 tak kenal pun. Tapi kesannya mendalam hingga ke akhir hayat.

Tapi kahir zaman kan. Masing2 ada hujjah masing2. Maka terpulanglah, selagi tak melanggar orbit Islam.
Reply
#8
Admin Wrote:Berzina kena qisas ke? huhu? Sepanjang pengajian ana ler. Berzina ni kalau muhsan kene rejam dan ghairu muhsan kene sebat 100 kali.

Cuma pada ana la, saluran untuk cinta islamik ni ialah berkahwin. Bagaimanapun dalam berkahwin pun gagal untuk mengamalkan cinta islamik.
Apabila cinta dalam perkahwinan itu bukan matlamatnya untuk membina usrah muslimah atau baitul muslim.

Apatah lagi yang belum berkahwin. Boleh ke macam tuh?

huhuhu... sori la aku tersalah bagi istilah, yang sepatutnya hudud kan... aku ni bodo. tp tu xsengaja sbb ari tu aku taip ngan penuh emosi.. sampai hudud tukar jadi qisas.. hahaha.. xdulik aku nak posting lagi skali.. baca bebaik ye hujah aku..

ye ke saluran cinta Islamik ialah berkahwin?? sebenarnya berkahwin adalah untuk menghalalkan perkara yang haram dibuat sebelum kahwin. itu sahaja. xlebih. bukannya kalau nakkan cinta Islamik maka disalurkan dgn berkahwin. kahwin tu dah masuk bab lain. kahwin tu adalah pelengkap. bayangkan kahwin terus nak mulakan cinta Islamik mana mungkin kalau awalnya cacamarba. kita ambil contoh terdekat, perjalanan cinta artis. lihat dan kaji..

tidak boleh tidak cinta Islamik perlu disemai sejak awal perkenalan lagi hingga ke jinjang pelamin dan berterusan ke akhir hayat. apabila telah berstatus suami atau isteri, mereka memang dah wajib untuk mempraktikkan ajaran Islam dalam keluarga. kalau tidak habis si suami di hari kiamat kelak. mak bapak bertanggungjawab mengajarkan Islam kepada anak. so, itulah Islamiknya, wajib dilakukan.

kalau betul nak Islamik sebelum bertunang. aku lebih sokong pendapat mohdzaki.

P/S: nak cinta Islamik, lihat dulu pasangan anda. apakah dia seorang yang mengamalkan Islam. Jika ya, insya`allah sudah pasti dia akan menjaga setiap batas-batas (semua perkara)... Jika x, sori...
Reply
#9
Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya yang bermaksud:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]

[1] Hadith Riwayat Muslim
[2] Hadith Riwayat Muslim

Dalam pada itu ada kartun best ni:

[Image: cinta1.gif]

[Image: cinta2.gif]

Sekian
Reply
#10
cinta islamik?ada ke?
seperti kata sahabat kat atas td..xpanggil sayang2 abg2..kami panggil ustaz ustazah..percayalah dengan bermula panggilan ustaz ustzah tulah seterusnya sayang2 abang,..xsalah bercinta..tpi jgn lah sampai nk bagitau satu dunia yg awak tu bercinta..ok..tu je
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  bersuamikan llaki yang dulu x siqqah rakankaherah 1 1,206 08-02-26, 08:02:26
Last Post: jiwa

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)