Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
faktor penyebab fenomena "blank"....
#1
huraian faktor penyebab fenomena "blank"....

a) Maksiat dan berbuat dosa.

Apabila seseorang hamba berbuat satu dosa maka akan terjadi satu tanda hitam di hatinya. Sekiranya si hamba itu bertaubat dengan taubat yang sodiqoh(benar dan bersungguh-sungguh)maka akan hilanglah tanda hitam itu lalu hatinya pun kembali jernih semula,terang, mampu melihat cahaya ilmu dan mampu melihat jalan kebenaran kemudian mendorong ia akan segala anggotanya,segala pancainderanya untuk berbuat amal soleh.

Adapun hamba itu,jikalau membiarkan tanda itu terus-terusan menutupi satu bahagian hatinya yg dahulunya bersih,walaupun tanda itu sebesar satu titik yang dibuat dengan pena misalnya,maka tanda itu mampu menghalang cahaya ilmu daripada menerangi kesemua ruang hati.

Akibatnya, ilmu yang dia pelajari tidak akan sempurna fahamnya,jika dihafaz tidak akan sempurna hafazannya, ibarat seseorang yang memikul di bahunya mutiara dengan guni yang bocor sebesar tusukan pena-menuju ke suatu tempat atau perhentian.

Setiap kali menyedari ada butir-butir mutiara yang jatuh berciciran di saat memikulnya,maka berhenti ia sebentar,dalam kepenatan duduk ia memungut barangnya yang berciciran,dimasukkan semula ke dalam guninya.Kemudian,berjalan lagi sehingga tiba di satu tempat...menyedari ada lagi mutiara yang bertaburan.Sekali lagi ia berhenti memungut kesemuanya.Kemudian berjalan lagi,kemudian sedar mutiara berciciran lalu dipungutnya.

Begitulah perumpamaannya.Segala yang dilakukannya(memungut mutiara ke dalam guni) menjadi sia-sia disebabkan oleh kemalasannya menggunakan sedikit waktu dan sedikit penat untuk menutup lubang pada guni sebesar tusukan pena, yang boleh ditampal dan dijahit kemas dengan sepotong kain.

Itu jikalau yang bocor itu satu sahaja.Nah, apa kira-kiranya jikalau yang bocor pada guni itu terlalu banyak?Sudah tentu mutiara yang akan berciciran lebih banyak daripada yang tadi.Sudah tentu penatnya ketika memungut juga bertambah.

Jikalau guninya mengalami bocor sebesar sebiji bola,tentunya tidak berguna langsung untuk mengangkut mutiara yang kecil-kecil saiznya,dan sudah tentu memerlukan kain yang lebih lebar dan benang yang lebih panjang untuk menjahit dan menampal kebocoran tadi.

Hati itu apabila terlekat satu tanda hitam dosa...maka cahayanya akan sedikit lemah.Jika dibiarkan,kemudian datang lagi dosa-dosa kedua ketiga dan seterusnya...maka hati akan buta..tiada boleh melihat kebenaran,kerana diselubungi kegelapan,...kemudian menjadi keras hati itu oleh kerak tebal gelap dosa ...dan kesannya berjangkit pada anggota dan pancaindera.

Itulah punca malas mengaji,malas ke surau,malas solat,malas serba-serbi...tapi kalau makan minum, duduk depan tv, dan yang seumpamanya, sepanjang hari berjam-jam lamanya, itu yang dia rajin,tanpa suruhan, tanpa galakan.Na'uzu billahi min zalika kullihi.

Bila dihadiahkan nasihat untuk kemaslahatan dirinya,pekak telinganya, mendengus hatinya benci, berkedut dahinya, renyuk wajahnya, muncung mulutnya, sedikit nasihat pun tiada ia perkenan, bahkan ditolak dibuang jauh-jauh ,tidak pula ucap terima kasih serta menghargainya. Itu semua boleh berlaku ,jika hati yang kotor tidak cuci dengan taubat sodiqoh(taubat yang haqiqi)...Taubat itu akan menjernihkan kembali hati dan akan menjadikannya bersedia untuk menyambut segala apa jua perkara yang suci,bersih seperti ILMU, NASIHAT, AYAT-AYAT AL-QURAN dan lain-lain. Hati adalah bekas untuk menyimpan segala benda yang baik-baik,dan segala benda yang baik itu tidak akan masuk ke dalam hati yang kotor.

Ingatlah...Kesempurnaan yang mutlak hanya untuk ALLAH TAALA Maha Pencipta,dan yang maksum itu hanyalah PARA UTUSANNYA ALAIHIMUS-SOLATU WAS-SALAAM. Insan biasa mana yang boleh terlepas daripada dosa ...usah putus asa ... peluang taubat masih terbuka..sebelum nyawa tinggal senafas dua.

Renunglah ayat-ayat Al-Quran yang banyak membicarakan tentang taubat,
contohnya dalam Surah An-Nisa ayat yang ke-17 dan ke-18(baca nas Al-Quran dulu kemudian bacalah terjemahannya yang ini)-:
(( ALLAH accepts the repentence of those who do evil in ignorance and repent soon afterwards,to them will ALLAH Turn in mercy,for ALLAH is full of knowledge and wisdom {17} Of no effect is the repentence of those who continue to do evil, until death faces one of them, and he says: "Now have I repented indeed"; nor of those who die rejecting faith; for them have WE prepared a punishment most grievous {18}))
dan yang paling penting sekali taubat itu mesti dengan syarat-syaratnya.

Ada seorang kawan telah berpesan: Ilmu itu perlu diiringi dengan berzikir,barulah tetap kedudukannya di hati, barulah berguna kepada diri kemudian berguna kepada yang memerlukannya.sekian.


Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  fenomena " blank " dalam peperiksaan: shafiq 0 807 09-01-19, 04:01:20
Last Post: shafiq

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)