Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Peringatan sempena Imtihan
#1
Assalamualaikum W.B.T kepada semua ahli Johor yang amat ana kasihi.Ana mendoakan agar sahabat-sahabat sekalian sentiasa dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala nikmat kesihatan.Walaupun ada dikalangan sahabat yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan namun ana mendoakan agar ujian itu adalah sebagai penebus dosa kita.

Hakikat kehidupan manusia memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Samada kesilapan itu disengajakan mahupun tidak,setiap manusia pasti melaluinya.Namun sejauh manakah kesedaran kita untuk memperbetulkan kesilapan itu.Adakah perlu berterusan kehidupan kita dibelenggu dengan segala kesilapan?

Jika kesilapan yang dilakukan seseorang berkesinambungan antara hubungannya dengan Allah.Maka tiada alternatif lain yang semestinya dilaksanakan oleh seseorang melainkan segera bertaubat kepadanya dengan azam dan kecekalan hati untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Bagaimana pula jika kesilapan yang dilakukan itu berhubungan dengan sesama manusia yang terkadang kesilapan itu mampu mengguris hati seseorang.Lebih menyayat hati apabila kerana kesilapan itu,dua insan seukhwah ini terpaksa menjarakkan diri antara satu sama lain.Maka Big Grinsewajibnya ke atas seseorang itu yang menyedari kesilapannya dengan terbuka hati memohon kemaafan kepada si dia yang pernah ia sakiti.

Dikesempatan ruangan yang diberikan kepada Lajnah dakwah dan Tarbiyah ini,ana selaku pengerusi bagi lajnah ini untuk sesi 07/08 terlebih dahulu memohon seribu kemaafan kepada sahabat-sahabat yang amat ana kasihi sekalian."Andai kesilapan yang ku lakukan itu tidak aku sedari maka lapangkanlah hati mu wahai sahabat-sahabat ku sekalian menerima permohonan maafku ini".Samada kesilapan yang ana lakukan itu berkaitan dengan bidang tugas mahupun tidak.

Justeru itu juga,ana menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian ambilah kesempatan yang ada di saat imtihan yang bakal kita tempuhi ini untuk kita sama-sama memohon maaf kepada sahabat-sahabat kita.Tujuan itu bukanlah semata-mata untuk kita menghadapi imtihan dalam keadaan tenang tanpa ada keresahan hati kerana kesilapan kita terhadap seseorang.Apa yang lebih penting dengan hubungan baik yang terjalin di antara sesama kita mampu menjadikan kehidupan kita di bumi anbiak ini senantiasa disenangi oleh mereka yang berada disekeliling kita.

Akhir kalam,selamat menempuh imtihan.
Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)