Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Fenomena Malas Solat Jamaah Di Masjid
#1
Asslamualaikum

Fenomena ni rasanya berlaku sejak zaman Nabi SAW. Cuma mungkin kita boleh kaji kenapa ianya berlaku. Terutama di kalangan ikhwah ni. Malas nak ke Masjid.

Nasib baik, ada solat Jumaat dan dua solat hari raya. Kalo tak agaknya tak ke masjid. huhu

لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد

ِAna tak pasti la, ni hadis ke kalam ulama. Aku lupa... Tp mungkin hadis, sebab seingat aku pernah dibahaskan dalam usul fiqh berkenaan dengan "la solat" tu. Adakah ianya tidak sah, atau tidak "terangkat" (diterima) Allah.

Maka kalau kita lihat, fenomena solat jamaah hebat dikalangan arab. Walaupun takdelah sampai keluar2 masjid, jika nak bandingkan kita ummat Islam di Malaysia.

Kalau di Malaysia aku dapat lihat, masjid hidup di bandar2 utama. Kalau kampung2 rasanya malap dah.

Tp ana nak fokuskan fenomena negatif ini berlaku dikalangan azhari kita.

Apa komen antum?
Reply
#2
memang x dinafikan kemalasan azhari nak solat di mesjid.. (termasuk aku).. tp x la maksudnye x penah langsung solat di mesjid (x termasuk solat jumaat).. betul x klau aku ckp.. nak solat kat mesjid perlukan keazaman yg kuat.. (mcm keazaman org nak berenti merokok? mm.. sama ke?).. pastu kena istikomah.. tp yg paling penting.. hati kena bersih..bersih dr segala maksiat.. insya' Allah bole istikomah solat 5 waktu di mesjid.. kepada sesape yg dah dpt hidayah Allah utk solat di mesjid.. aku nasihatkan jgn sesekali jebakan diri dgn maksiat.. sebab setiap maksiat yg korang buat.. satu titik hitam kat hati korg yg bole membuatkan korg lupe atau lalai.. jgn korang rugikan diri korang... ='( .. sedih nye aku... sob sob sob

:: Doakan supaya sama2 dpt solat berjamaah di mesjid..
Reply
#3
kita sebagai penuntut al-azhar x dpt tdk kne mewajibkn diri utk solat berjemaah d masjid..sebagai persediaan kita balik ke malaysia..lagi2 apabila dlm kita terbiasa dgn keadaan d sni,.,yg slalu solat d rumah...

insyallah..sesama lah kita bersolat d masjid...

p/s : kekadang terlpas gak.......
Reply
#4


Assalamualaikum...

Komen ana=) Digalakkan dan diwajibkan andai tiada musyaqah yang menghalang bagi ustaz untuk singgah dan bersembahyang di masjid!
Pada ana, apa kata kalau akahwat cuba-cuba memenuhkan masjid sesekali untuk menghadiri majlis ilmu dan khutbah dalam bahasa arab sebagai tazkirah jiwa!dan memanfaatkan kefasihan para masyaih dan pengkhutbah bercakap ntuk memantapkan bahasa arab!Satu kelebihan!2 dalam 1!hikmah dan kelebihan...Para ustaz jangan cuba ponteng aa...sebab antum tiang bagi kaum wanita!

Wassalam.
Reply
#5
Nor Azhariyah Wrote:

Assalamualaikum...

Komen ana=) Digalakkan dan diwajibkan andai tiada musyaqah yang menghalang bagi ustaz untuk singgah dan bersembahyang di masjid!
Pada ana, apa kata kalau akahwat cuba-cuba memenuhkan masjid sesekali untuk menghadiri majlis ilmu dan khutbah dalam bahasa arab sebagai tazkirah jiwa!dan memanfaatkan kefasihan para masyaih dan pengkhutbah bercakap ntuk memantapkan bahasa arab!Satu kelebihan!2 dalam 1!hikmah dan kelebihan...Para ustaz jangan cuba ponteng aa...sebab antum tiang bagi kaum wanita!

Wassalam.

Tulaa, kalau di Mesir memang kita boleh nampak, akhawat2 Mesir ke masjid. Ana galakkan akhawat kita ni gi solat jumaat di masjid, terutama masjid2 utama laaa. Paling tidak dalam fatrah menuntut ilmu ni, korang amik kesempatan boleh dengar khutbah2 dalam bahasa arab. khutbah arab ni bukan cam kat Malaysia, isu2 yang disentuh sangat2 ler ilmiyah. Dan mereka (imam) berkhutbah, bukan baca khutbah.

Cuma, dalam hal ni, nak slesaikan masalah azhari yang lebih awla ke masjid. Akhawat ni sekadar cadangan.

Kadang rasa insaf betul, kita ni cakap berdegar2, tapi masjid seminggu sekali jer nampak batang hidung.

*peringatan buat diri juga
Reply
#6
pt hj adnan Wrote:tp yg paling penting.. hati kena bersih..bersih dr segala maksiat.. insya' Allah bole istikomah solat 5 waktu di mesjid.. kepada sesape yg dah dpt hidayah Allah utk solat di mesjid.. aku nasihatkan jgn sesekali jebakan diri dgn maksiat.. sebab setiap maksiat yg korang buat.. satu titik hitam kat hati korg yg bole membuatkan korg lupe atau lalai.. jgn korang rugikan diri korang... ='( .. sedih nye aku... sob sob sob

:: Doakan supaya sama2 dpt solat berjamaah di mesjid..
Reply
#7
Saya cukup menginsafi keterangan drp pt hj adnan ini. Allah, Allah...
Reply
#8
Masalah solat jamaah ni memang rumit. Bagaimanapun rahsia solat jamaah inilah yang memperlihatkan izzah ummat Islam di mata dunia.

Bagaimana agaknya di Malaysia, solat jamaah seramai solat jumaat. Yang ramainya melimpah2 ke luar. Rasanya orang bukan islam di Malaysia tak berani nak buat bukan2. Begitu juga orang2 sekular, kapitalis sukar untuk membuat keputusan buta tuli.

Kalau di Mesir kita lihat, suka solat jamaah di masjid (yang suka ler). Sebab kalau kita ke Masjid (tak termasuk masjid2 kecik, bawah imarah), ramainya ahli jamaah. Terutama ketika solat maghrib dan Isyak. Kalau di Masjid Zahra (masjid sebelah umah aku) ni memang ramai ler. kadang2 Isyak tu penuh, walaupun tidak ler sepenuh solat jumaat, tp memang penuh lah.

inilah salah satu kekaguman aku terhadap orang arab Mesir.

Bagaimanapun masalah yang menimpa azhari kita aku tak pasti. Mungkin seperti apa yang pt hj adnan cakap ada betulnya. Tp reality kita di sini ialah masjid kiri-kanan-depan belakang, tak mau masjid sini, masjid sana ada. banyaknya masjid berhampiran. Kadang bawah imarah kita tu masjid. Macam umah aku ler, sekangkang godzilla jer.
Reply
#9
apa lagi jom kita kurangkan cakap...ayuh ke masjid...setakat bincang aje tak kemana..takbir!!!!
Reply
#10
shinichi Wrote:apa lagi jom kita kurangkan cakap...ayuh ke masjid...setakat bincang aje tak kemana..takbir!!!!

Macam tak bagi berdiskusi hal ni jer. Cube bagi ler, pandangan ke. Baik ana tak payah bukak thread ni untuk kita bincangkan.

Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  cam mn motivasi utk orang malas????? rakankaherah 2 1,086 08-07-04, 03:07:44
Last Post: Srikandi Islam

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)