Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mejoriti Pelajar Al Azhar Lemah Berbahasa Arab?
#1
Fenoma ini muncul pada kurun kita tidak berlaku pada sebelum ini. Apsal ek? Macamana boleh berlaku?

Tak dinafikan, masih ramai yang hebat-hebat. Namun yang hebat2 tu sekarang dah ditenggelamkan oleh calitan buruk tersebut. Termasuk ler yang menulis thread ni. huhu.

Bayangkan, duduk di bumi para Nabi, kuliyah dalam bahasa arab, di kelilingi orang arab. Pegi kedai kena cakap arab. Nak sewa rumah kena cakap arab. Namun menjadikan bahasa ini sebagai bahasa ilmiah dan penguasaan ke atasnya nampaknya lemah. Mengapa ianya berlaku?

Jom bincangkan!
Reply
#2
Assalamualaikum....

Biasanya penggunaan arab ammiah lebih digunakn secara meluas oleh pelajar berbanding arab fushah walaupun tidak jauh perbezaannya tetapi perkara ini sedikit sebanyak membantutkan proses pemantapan bahasa arab fushah.

Memetik kata-kata ustaz saya, untuk mahir dalam bahasa arab diperingkat permulaan jangan tinggal tiga perkara. Cakap arab, Baca kitab arab dan dengar perbualan bahasa arab. Dan perkara ini mestilah diistiqomahkan, mana mungkin cuba dua tiga kali terus dapat ibarat kita menanam pokok hari ini esok pula mahukan hasilnya.

Cadangan saya:
-Setiap hari luangkan masa 10 minit untuk baca kitab arab jika lebih sangat dialu-alukan.
-Kamus jangan lepas.
-Dengar radio siaran Iza`atul Quraan.
-Biasa selitkan bahasa arab dalam perbualan seharian terutamanya ketika bersama ahli bait.

Perlulah setiap pelajar mengetahui bagaimana cara untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa arab dalam dirinya. Bukankah kita lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan kita melebihi dari orang lain. Maka gunakanlah kelebihan 100% dan cuba atasi kelemahan sedaya mungkin

Orang yang kata dirinya nak berubah tapi tak juga berubah, dia tu pembohong.Tongue

Siapa yang bersungguh-sungguh pasti dia akan berjaya. huhuhu... Cool Cool Cool
Reply
#3
salam.. hmm mungkin juga kerana bahasa arab tu tidak menjadi bahasa pertama dlm kehidupan. kalau boleh diubah bahasa melayu sbg bahasa sekunder dan bahasa arab sbg bahasa primer, pasti kita boleh jadi mcm syeikh marbawi Smile
Reply
#4
ala budak2 ni kadang2 malas. campaklah kat negeri orang putih 10 tahun pun kalo malas belajar sama je mcm awal2 kena campak. yelah, kalo jarang pergi school, jarang buka books, dictionary, kemudian dok kat house je, x nak cakap inggeris fushah. memanglah x jadi...

pemerhatian aku pada budak2 yang mantap bahasa arab dan persatuan.

1-setiap hari dia mesti akan luangkan masa untuk ulangkaji pelajaran.
2-pergi kuliah
3-solat awal waktu
4-susah nak tengok dia buat benda yang x berfaedah2
5-pandai susun jadual harian
6-sikit tido
7-buat kerja smart
8-semua pihak puas hati (ahli bait & kawan2)

senang cite, perbuatan yang positif akan menghasilkan natijah yang positif
Reply
#5
pendapat saya pula, bahasa itu masuk lalu telinga, tetapi tatabahasa masuk lalu mata.

pembuktian mudah, masa kita kecil-kecil dulu, kita tak diajar huruf terus, tapi bahasa yang kita timba adalah dari pendengaran, sejak dari detik pertama dilahirkan. untuk menguasai bahasa, kita kena MENDENGAR.

oleh itu kita boleh berbahasa melayu. tapi tatabahasa kita, kebanyakan kita tak tahu tatabahasa melayu. main rasa-rasa, main agak-agak. tatabahasa pula masuk lalu mata, kita kena memerhati, meneliti, mengkaji.

gabungan dua benda ini, maka kita akan keluarkan hasilnya, hasil kefahaman kita dalam bahasa, melalui pertuturan atau penulisan.

Banyakkan mendengar, banyak boleh, kaset, radio, muhadarah kuliah, tv, dan kalau susah, kita baca dan dengar dengan telinga sendiri. Baca pastikan betul barislah ya. janji baca dan dengar.

Selamat mencuba.
Reply
#6
pada pandangan sayalah...
apa yang penting diri kita sendiri mesti mengaplikasikan segala apa yang kita pelajari dengan nahu sarafnya...
bak kata ustaz syafiq elias kalau kita membaca kitab tu baca sekali dengan barisnya lebih-lebih lagi baris akhir setiap kalimah...
itu yang paling penting...
dan kena selalu membaca dan menguasai setiap perkataan bahasa arab yang sememangnya luas maksud dan tujuannya...
semoga kita bersama dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan terhadap bahasa yang teramat penting untuk dunia dan akhirat ini...
sekian... Smile
Reply
#7
Terima kasih atas perkongsian daripada semua. Sedikit sebanyak saya dapat manfaatnya. Di sini, saya ingin mencadangkan agar unit pendidikan BKPJM melancarkan kempen bulan Bahasa Arab selepas peperiksaan. Dari sini kita dapat buat banyak program yg dapat meningkatkan bahasa seperti mengeluarkan iklan dan artikel mingguan dalam Bahasa Arab, pertandingan syarahan dan debat, persembahan lakonan dan nasyid, tayangan filem beserta kuiz, pertandingan menulis karangan (Insyak), baca teks dengan baris dgn betul (Mutalaah) dan perbincangan umum tentang sesebuah tajuk yang dikelolakan oleh seorang pengerusi dan dibarisi oleh pihak pencadang dan pembangkang, semuanya dalam Bahasa Arab.
Saya pesan kepada sahabat dan diri sendiri untuk sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan bahasa ini dari segala sudut, bercakap, mendengar, membaca, menulis dan memahaminya. Jangan malu untuk belajar, biar salah mencuba daripada tidak salah kerana tidak buat apa-apa. Malah kesalahan itu sendiri pelajaran untuk kita menuju jalan yang betul. Buat masa ini, orang yang saya cemburu ialah Ustaz Hairul Nizam, Presiden kita. Insya Allah, Nahnu fit Tafkir wa Allahu fi Tadbir.
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  Bila tiada pelajar Mua'dalah.. Admin 3 1,551 10-12-31, 09:12:30
Last Post: johnbean
  Adakah kita benar2 mencintai universiti al-azhar?? Nurul Zahra 12 2,838 10-02-27, 09:02:25
Last Post: jackportd
Question Lepasan Al-Azhar Kian Lumpuh?!!! zulmarwa 3 1,382 09-01-22, 06:01:11
Last Post: kamal

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)