Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Adakah PMRAM Sedemikian Rupa??
#1
Setelah penelitian dan analisis yang dijalankan oleh beberapa ahli fikir, mendapati sokongan dan pandangan ahli terhadap PMRAM semakin merudum bahkan terdapat segelintir ahli yang berani mengugut PMRAM dengan pelbagai kecaman seandainya permintaan mereka tidak dituruti.

Apakah ini sebagai titik permulaan menjauhnya ahli terhadap PMRAM? Memang tidak dinafikan kegemilangan dan gahnya PMRAM suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang sukar untuk diulangi kembali. Apa yang perlu dilakukan oleh pimpinan di sesi mendatang adalah melakukan sesuatu perkara yang memuaskan hati semua pihak tanpa menjual dan menggadai prinsip persatuan induk yang banyak berjasa kepada anak-anak Melayu di Ardul Kinanah ini. Ini adalah berdasarkan sudut pandangan mata saya dan beberapa sahabat lain yang sememangnya berbeza dengan pandangan mata kalian semua.

Masing-masing mempunyai pandangan dan penilaian masing-masing dalam menentukan survival sesebuah persatuan yang dinaunginya. Lontarkan segala pandangan, komentar dan alasan kalian untuk membuktikan kebenaran fenomena yang berlaku ataupun untuk menafikannya. Ini bukanlah sebuah permainan dan rekaan semata-mata. Akan tetapi ini adalah untuk memberikan sebuah anjakan perubahan demi memastikan kesinambungan persatuan induk ini akan terus menerajui Badan-badan Anak Negeri (BKAN) dan juga Dewan-dewan Perwakilan Mahasiswa/wi yang berada di bumi Mesir ini.

Kitakan PMRAM. Dan kita adalah sebuah persatuan yang bersatu di bawah satu sinar cahaya ISLAM bermethodkan method Universiti Al-Azhar sejak zaman berzaman. Sebuah universiti yang tertua bahkan terawal ditubuhkan tidak putus-putus mengeluarkan kader-kader alim ulama' pewaris dakwah para Nabi dan Rasul.

Selamat berkomentar dan bersama kita berkongsi sebarang idea yang membina untuk kemaslahatan sejagat lantas menjulang kembali nama PMRAM yang sinonim dalam memperjuangkan kebajikan ahli.

Oleh yang demikian 'adakah benar pada pandangan kalian bahawa PMRAM semakin lemah dan jauh dari ahli?'
Reply
#2
Mejoriti dak2 kat Mesir ni ahli PMRAM. Cuma ada yang hardcore dan tak jer..
Reply
#3
betol2..yg penting kitorg sokong pmram..
Reply
#4
Tidak benar...muahaha..

Sebabnya kami di Zagazig selalu je Ust Farkhan dan Ust Nik Rosdi (ayah agkat zagazig) sama Kak Fizah (mak angkat Zagazig) datang program kalau ada kelapangan. Kami rasa terharu pun ada...ye la mai dari jauh naik tremko yang bisa meloyakan tekak sekiranya pemandu tersebut merempit tremko yg dipandunya...pastu depa pun student gak kan...banyak komitmen...tapi Alhamdulillah..xdak la jauh daripada ahli...

InsyaAllah...ahli pn jgnla menjauhkan diri yek.. :-)
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
Question Benarkah PMRAM semakin kehilangan sokongan ahli? zulmarwa 16 3,854 09-01-22, 06:01:26
Last Post: kamal
Smile Muktamar/mesyuarat tahunan PMRAM semakin hampir... zulmarwa 2 1,004 07-12-13, 09:12:12
Last Post: zulmarwa
  KITA PMRAM: Sejauh mana Ahli dan pimpinan mengahayatinya. Admin 2 894 07-12-10, 03:12:24
Last Post: zulmarwa

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)