Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mesir Pusat Keilmuan Islam
#1
Alhamdulillah jejaknya kaki kita di bumi Mesir memandu semangat ini untuk memperdalami ilmu agama yang mana susah untuk didapati di Negara Malaysia. Segalanya terbentang luas dihadapan mata, amat mudah pula perjalanannya.

Para ulamak telah Allah Ta`ala sediakan, kitab-kitab dijual dengan harga yang murah dan mampu untuk dimiliki walaupun dia seorang anak felda.Tempat bertalaqi dan kelas-kelas tafaquh fiddin pula banyak dibuat dan dibuka terutamanya pada cuti musim panas.

Jadi…. Bertebaranlah wahai Azhari mencari ilmu, ibarat orang yang kehausan di tengah padang pasir, walaupun dalam kesempitan tetap mereka usaha.

-Orang yang mensia-siakan peluang ini jangan sampai tiba suatu masa hatinya ditutup Allah Ta`ala dan menjadi keras.

mari kita bincang2kan....Cool


Reply
#2
Rasanya untuk memeriahkan lagi kelas-kelas tafaquh ni, pada pendapat ana selain motivasi dari diri sendiri juga adalah tugas exco-exco yang telah dilantik, bagaimana mereka membawa para pelajar kepada kecemerlangan serta menjalankan tanggungjawab yang telah ditaklifkan.

contohnya, exco unit pengetahuan dan bimbingan mestilah bertungkus lumus untuk menggerakkan semua pelajar di rumah johor menghadiri kelas-kelas yang dibuat oleh bkan mahupun al azhar, sama ada melalui iklan mahupun galakan sosial, atau apa-apa cara sekalipun.

exco unit dakwah dan tarbiah pula selalu menyedarkan pelajar tentang hakikat dan tanggungjawab menuntut ilmu, walaupun pelajar2 tahu tetapi kadang-kadang ada yang terlupa dan malas, bukan senang nak tarbiah orang.

tapi saya yakin pelajar agama hati mereka bersih dan mereka mudah menginsafi diri. anda buat sahaja tanpa hiraukan apa2.

itu je..Cool

exco-exco yang baru dipilih, rancanglah aktiviti untuk kami, kami sentiasa akan menyokong anda.

ingatlah wahai sahabat2 tanggungjawab adalah amanah Allah. pasti akan dipersoalkan.
Reply
#3
Muhasabah yang amat berguna. Bagus kalau ana panjangkan ke mesyuarat AJKT. Cuma harap jangan beralih tajuk. Kalau nak bincangkan berkenaan dengan unit-unit. Boleh bincangkan diruangan yang disediakan.
Reply
#4
huhuhu..syadid aaa mr admin kite nie..ehe..baikk entaa amaii
Reply
#5
hari tu University Al-Azhar ade buat iklan utk program rehlah ke Port Said, sape yg berminat bole mendaftar di kuliah masing2 dgn wakil Ittihad tullab. murah betol LE 9.00 je. p ramai2., best tuu..

tapi.. budak malaysia sikit je yg ikut. ape lah, program2 cam ni join je lah, kalo xnak buang masa bawa kitab skali.. xlah dinamakan buang masa. ke x tahu... hihihi.. tp x pe nnt kalo ade lg aku buat iklan ye.. Tongue

korang x p kuliah ea?
Reply
#6
pokoknya segala itu adalah atas kesedaran diri sendiri....

bersama meningkatkan integriti diri...

untuk kita bersama membangun bersama ISLAM pabila pulang kelak...

itulah tanggungjawab yang terpundak di bahu kita semua secara tidak disedari ...

fikir-fikirkan bersama yer...

wassalam... =)
Reply
#7
salam...

memg btol mesir ni pusat keilmuan islam...hmm...sape2 yg ada peluang nk sambung master kat sni terusknlah n ramaikanlah yg amek master azhar...ari 2 ana terjumpa doktorah azhar yg bukan sekuliah dgn ana..pastu dia kata kalo amek master azhar 4tahun(2thn kuliah n 2thn menulis) n phd pulak 5thn...master n phd azhar je mkn masa selama 10thn...lbh kurangla...lamakan...tp kualitinya amat berharga...ingatlah hidup hanya sekali...fikirkanlah n renungkanlah...
Reply
#8
mesir ni mmg dari dulu lgi tmpt "keilmuan islam",bak kate org kaabah qiblat smbhyg,mesir lak qiblat ilmu,so selame mane kite kat sini,
rebut la peluang yg berharge ni yg x sume ade kat m'sia,
tpi amik yg baik2 je,huhuhu
Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)