Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Perempuan suka dieksploitasi?
#1
Assalamualaikum

Sekali melangkah dalam dunia pengiklanan, kalau kite tengok rata-rata perempuan/wanita dieksploitasi dalam apa juga bentuk iklan yang ditonjolkan.

Lebih-lebih lagi iklan yang mempunyai kaitan rapat dengan wanita. Seperti syampoo dan minyak wangi.

Melihat kepada situasi ini, ana lihat timbul dua keadaan iaitu negatif dan ada positifnya. Kalau kita lihat iklan-iklan seperti memaparkan wanita tidak menutup aurat apatah lagi iklan-iklan yang banyak menyelitkan unsur seks (terutma iklan-iklan minyak wangi). Juga iklan-iklan pakaian dalam yang rasanya tak perlulah mengiklankan sekali si pemakainya. Iklan-iklan ubat ramping, bengkung atau sebagainya adalah beberapa iklan yang mempunyai unsur-unsur negatif.

Mungkin dikalangan mereka-mereka yang berkecimpung dengan dunia pengiklanan ianya biasa atau tak perlu dihiraukan. Tapi bagi golongan grassroot merasakan ianya boleh dielakkan dan boleh sebenarnya. Ini adalah realiti yang berlaku, tidak jauh ianya banyak boleh kita lihat, ianya di Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan.

Namun dalam hal ini, tidak kira dalam keadaan negatif atau positif, sekadar membawa hal ini kepada antum semua. Benarkah wanita suka dieksploitasi?

[Image: insuran.jpg]

[Image: maya.jpg]

[Image: sunsilk.jpg]

[Image: x-pac.JPG]

Gambar sekadar hiasan.
Reply
#2
:... perempuan nih sama ade mengeksploitasikan diri(tunjuk diri) atau dieksploitasikan...dua2 same jek menjatuhkan maruah..tp tgk jugak persembahan yg bagaimana mereke cube tonjolkan...pandailah kita hitung sendiri in Islamic circle...
Reply
#3
hemmm,,ye ke..tapi klu semua iklan pompn kat kelantan yg d siarkn oleh admin kata...aku rase xder masalah per..ok per..

menutup aurat...pernah g klntan,,bli barang kat mydin time zuhur...semua cashier2 kat situ berhenti dgr azan dl..pas abis azan baru diorg sambung semula...

Big Grin
Reply
#4
salam..
ana rase,yang terlibat dalam bidang permodelan tentulah nak diri mereka dieksplotasikan..tapi syarikat-syarikat yang mengeluarkan iklan juga mengeksploitasikan wanita sebagai model2 iklan deorang..sebab realitinya hari ini barang2 yang bermodelkan lelaki sah2 tak laku kecuali lah iklan minyak rambut untuk lelaki, ana pun tak tau ape namenya tu,kalau ade model lelaki pun, mesti ade model perempuan jugak yang jadi heroinnye..tapi ape2 pun golongan wanita ini memang sangat kuat daya tarikannya dan rasenye tak perlulah ana nak citekan dengan panjang lebar sebab semuanya dah sedia maklum..Smile
Reply
#5
dieksploitasi & mengeksploitasi diri? 2 kalimah yg tidak saigia ada dlm diri muslimah mu'minah. tetapi saya akui, hari ini mmg ramai wanita (umum) yg tega atau membenarkan diri mereka dieksploitasi (jgn marah ya, ini hakikat). Persoalannya: benarkah wujud pengkategorian 2 kalimah (dieksploitasi & mengeksploitasi diri) ini kpd positif & negatif? adakah pengeksploitasian (wanita) spt yg terdapat dlm gambar (post admin ^) dianggap sebagai satu pengeskploitasian yg positif atau dgn kata lain bercirikan islamic? saya tinggalkan persoalan ini utk kita bahaskan bersama.

Firman Allah swt: "Katakanlah kpd wanita2 yg beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang zahir (dibolehkan) daripadanya. dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami2 mereka... (sehingga akhir ayat) ". Surah An-Nur: 30.

dlm ayat ini Allah swt dgn jelas memberi peringatan dan garis panduan buat muslimah mu'minah agar mereka memelihara maruah dan harga diri mereka. di akhir ayat ini juga Allah swt menyeru kita supaya bertaubat kepadaNya agar akhirnya kita dikalangan hamba2Nya yg berjaya.

Nah! tepuk dada tanyalah iman. bagi saya dieksploitasi atau mengeksploitasi diri bagi wanita bukanlah satu2nya cara terbaik ke arah mempromosikan sesuatu. kalaupun disana ade kepentingan dan keperluan (dharuri) yg memerlukan wanita di'terkehadapan'kan, maka saya anggap ianya sebagai satu maslahah atau cara kita ber'hikmah'. dan tidak sepatutnya (pendapat saya) utk kita gunakan istilah pengeksploitasian ini. wallahu a'lam.


buat puteriku sayang Big Grin :-

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Reply
#6
Hmm mungkin ada pandangan lain dari akhawat kita? Selain yang dah tertera ini?

Maybe, ada yang mempunyai fikrah lain?
Reply
#7
salam...pompuan ska dieksploitasi?hmmmm...mgkin benar knyataan ni.. tgk je iklan2 yg ada skrg..x kira la iklan tepi jalan ke dlm tv ke..mmg kbnyakannya pompuan dgunakan...aggapan sesetgah pihak sbb pompuan ni sesuai utk mnjadi model iklan produk2 kcntikan mereka...fitrah smula jadi pompuan yg sesuai dgn watak lemah lembut dan cantik mmbuatkan ada golongan yg mgunakan peluag ni..sbb x kanlah iklan syampoo utk wanita btudung nak gnakan mak nyah plak sbg model iklannya kan??zaman sekarang pompuan ni diaggap SIMBOL SEKS maka x heranla klu ramai pompuan yg sggup dirinya dieksploitasikan...ye la nak2 klu byaran nya tinggi...dunia skrg lbh mgejar glamer...dan duit...akhirat hmpir dlupakan...tp hnya sbhgian pompuan shj yg sggup dieksploitasi...@ mgkin ada antra pompuan2 ni x sedar bahawa diri mereka tlh dieksploitasi oleh pihak2 tertentu..wallahualam
Reply
#8
aku pon sokong gak yg wanita2 ni suke d ekspolatasi....hujah nye..dah byk kot diorg bagi...Big Grin
Reply
#9
Sebab suka dipandang lelaki... rata2 menggunakan perempuan yang cantik.

Daya memujuk dari perempuan untuk lelaki mengeluarkan wangnya...
Reply


Possibly Related Threads…
Thread Author Replies Views Last Post
  Mengapa akhawat suka berambut pendek? mohdzaki 23 7,868 10-03-03, 06:03:39
Last Post: jackportd

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)