Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KAABAH DI NEW YORK!!
#1
[attachment=3]Pada saudara yang seagama denganku, pasti saja melenting apabila mekah dilawankan dengan apple mekah yang terdapat di New York.Betapa kurang ajarnya negara POLIS DUNIA itu tanpa mengambil kira senstiviti masyarakat beragama ISLAM. Dan betapa dayusnya masyarakat beragama ISLAM seandainya tidak mempertahankan hak mereka apabila diinjak-injak begitu.

[attachment=4]Kali ini, model Baitullah dibina di New York. Tapi bangunan berbentuk segi empat dan berwarna hitam itu bukan sekadar model. Sebaliknya, bangunan yang dikenali sebagai Apple Mecca ini sebenarnya adalah sebuah night club.

Denganperbandingan gambar kaabah dan juga objek yang diberi nama apple mecca ini jelas menunjukkan sikap tidak prihatin yang ada pada masyarakat Amerika yang kononnya melaungkan hak kebebasan manusia.Hak kebebasan manusia dan hak kebebasan bersuara inilah yang menyebabkan mereka secara membuta-tuli dan sesuka hatinya menyakiti hati masyarakat beragama Islam di seluruh dunia dengan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam. Apatah lagi baitullah yang ada di tanah haram adalah rumah Allah yang dikunjungi oleh umat Islam di seluruh dunia saban tahun.

Apa sahaja ya, dendam mereka yang belum usai pada masyarakat Islam? Apa sahaja ya yang membuatkan mereka begitu membenci umat Islam? Cuba merosak dan menjatuhkan umat Islam?

P/S : Ternyata janji Allah itu memang benar… umat Islam akan sentiasa cuba dijatuhkan oleh mereka yang dilaknat ALLAH ini.

Reply
#2
Saya pernah baca berita ini sebelum ini, semoga kita memandang serius dgn segala rancangan dan perbuatan jahat pihak kuffar kepala orang Islam dan selalu memikirkan masalah ummah agar kita tidak leka, bersenanag-senang, memandang enteng dan rasa tidak berdosa membiarkan Agama kita di hina. Kata Ust Hairul Nizam, Presiden PMRAM, "betapa rosaknya masyarakat kita di sana sedang betapa malasnya kita di sini".

Ya Allah, berilah kekuatan kpd umat Islam.
Sememangnya sejarah telah berulang. Kita mengimbasi kisah Tentera Bergajah Abrahah yg ingin memusnahkan Kota Mekah kerana benci dan dengki mereka terhadap Baitullah.

Akan tetapi, persoalannya mengapakah sehingga kini tiada pembelaan dan pertolongan dari Allah sebagaimana datangnya Burung Ababil yg memusnahkan tentera bergajah itu, serta tiada kekuatan pd kita utk melawan musuh durjana itu sedangkan kita dianiaya, dipermainkan, dihina dan dizalimi oleh mereka? Maka terjawablah segalanya berdasarkan hadis Nabi mafhumnya, lemahnya Umat Islam akhir zaman ini kerana ada pada mereka sifat Wahan atau Wahnun (melemahkan) bererti cintakan dunia dan takutkan mati. Oleh itu, marilah kita periksa diri. Akan tiba juga bantuan Allah jika kita beriman dan bertaqwa kpd-Nya.
Reply
#3
salam..
sama-samalah kite berdoa agar kite sentiasa diberikan kekuatan hati dan ketetapan iman dalam berhadapan dengan musuh-musuh laknatullah ni..

Reply
#4
Semoga Allah Laknati Mereka amin
Reply
#5
salam..

Ya Allah,tergamaknya mereka...biarlah Allah sahaja yg membalas segala perbuatan mereka...nauzubillah min zalik...
Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)