Remove Ads

Share on Facebook Share on Twitter

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
rahsia solat
#1
Assalamua'laikum wr wb...........


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan
bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan
akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam
kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam
kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika
di dalam
kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam
kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita
dipadang
Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh
mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir
tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13th
Ghost"...
jika ada di kalangan anda yang perasan!!! Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia
lain..
Reply
#2
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir
tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13th
Ghost"...
jika ada di kalangan anda yang perasan!!!

oo.. Baru prasan..

:: Solat Tiang Agama... Jgn tinggal solat..
Reply
#3
الصلاة عماد الدين , من أقامها فقد أقام الدين , ومن هدمها فقد هدم الدين……….
Reply
#4
tajuk yang menarik..!! tapi, kenapa hanya diterangkan "fadhilat rukun solat"? betulkah itu je dah boleh dikira "rahsia solat"? butiran2 di atas itu merupakan "rukun solat" menurut mazhab syafie..jadi bagaimana sekiranya angka itu berubah di sisi mazhab yang lain? masihkah yg "13" ini sudah cukup memadai untuk merungkai "rahsia solat" atau masih ada yang kurang? dan...minta la supaya saudara/i yg posting tajuk ini mengemukakan bahan rujukan yg berkaitan..supaya amanah ilmu lebih terpelihara..kan?..dan ruang perbahasan ilmiah tu lebih meluas dan berkembang...:-)
Reply
#5
usul_cairo Wrote:tajuk yang menarik..!! tapi, kenapa hanya diterangkan "fadhilat rukun solat"? betulkah itu je dah boleh dikira "rahsia solat"? butiran2 di atas itu merupakan "rukun solat" menurut mazhab syafie..jadi bagaimana sekiranya angka itu berubah di sisi mazhab yang lain? masihkah yg "13" ini sudah cukup memadai untuk merungkai "rahsia solat" atau masih ada yang kurang? dan...minta la supaya saudara/i yg posting tajuk ini mengemukakan bahan rujukan yg berkaitan..supaya amanah ilmu lebih terpelihara..kan?..dan ruang perbahasan ilmiah tu lebih meluas dan berkembang...:-)

Ana skong!
Reply
#6

Salam...

kalau rajin cuba ke link ni....BESTTTT!!!!


http://ceramahislam.wordpress.com/catego...ail-kamus/
Reply
#7
ana ader buku rahsie solat Imam Ghazali terjemahan..
Cool
Reply


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)