Diskusi BKPJM
Niqab: Antara Adat dan Ibadat - Printable Version

+- Diskusi BKPJM (https://diskusibkpjm.createmybb.com)
+-- Forum: Kategori Sosial (https://diskusibkpjm.createmybb.com/forumdisplay.php?fid=21)
+--- Forum: Diskusi Akhawat (https://diskusibkpjm.createmybb.com/forumdisplay.php?fid=42)
+--- Thread: Niqab: Antara Adat dan Ibadat (/showthread.php?tid=29)

Pages: 1 2


Niqab: Antara Adat dan Ibadat - Admin - 07-12-06

Assalamualaikum.

Sebenarnye, banyak kali juga fikir sebelum nak bukak thread ni. Tapi nak bukak juga. Maybe agak sensitif tp rasanya keperluan semasa. Menjadi bualan orang, di Malaysia atau di sini. Iaitu akhawat berniqab yang "on-off".

Nampak remeh, tp bila satu syiar Islam dipegang secara tak konsisten. Ia diperkatakan orang. Kecualilah mendapat penjelasan dari si pemakai niqab ni. Kenapa dia on off.

Cuma bagi yang istiqamah dengan niqab, alhamdulillah tak jadi masalah. Yang tak pakai pun alhamdulillah tak jadi masalah. Cuma yang on off ni laa "masalah" tu pun jika memandang ianya sebagai masalah. Ianya timbul persoalan, tertutama bila ia disoalkan oleh masyarakat kepada kita. Terutama ikhwah la. Kadang2 blur jugak nak jawab. Kalau tudung on-off tu sonang ja den nak jawabnyo.

Di Malaysia kita maaruf, boleh dikatakan ramai yang tinggalkan niqab ni tp pulang ke Mesir, pakai semula. Agaknya pendapat mana yang diikut ye. Sebab itu Syeikh Nuruddin pernah timbulkan hal ini. Niqab Adat dan Ibadat, terpulang samada nak jadikan dia ibadat atau adat.

Wallahua'lam.

Salam Imtihan...


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - abu_zar - 07-12-07

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk niqab,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya jubah mengurung,
Lagi elok labuh bertudung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Jika akhawat menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

hihihi.. sekadar pantun je.. erm mehla balas..

(bakal org umah aku tu dia berniqab. sejuk mata memandang Big Grin)


Isu purdah: Aishah minta Tony Blair tutup mulut - abu_zar - 07-12-09

LONDON 20 Okt. – Seorang pembantu pendidikan Islam yang digantung kerja kerana memakai purdah, malam tadi membidas Perdana Menteri Britain, Tony Blair supaya “menutup mulut” selepas beliau memenangi ganti rugi sebanyak RM7,600 (1,100 pound sterling) kerana tersinggung dengan penggantungan itu.

Aishah Azmi, 24, menekankan bahawa purdah patut dibenarkan dipakai dalam kelas “untuk membantu proses integrasi.”

Aishah memakai purdah hitam yang menutupi tubuh badannya daripada hujung rambut ke hujung kaki, dengan hanya bahagian matanya sahaja dibuka, sewaktu beliau membidas Blair dan menteri-menteri Kabinet yang lain.

Beliau melahirkan kemarahannya walaupun memenangi ganti rugi itu setelah tersinggung akibat digantung kerja daripada sekolah Headfield Junior di Dewsbury, West Yorks tahun lalu.

Bercakap melalui peguamnya, Nick Whittingham, Aishah memberitahu Blair dan menteri-menterinya “supaya menutup mulut mereka.”

“Saya hanya mahu orang ramai faham bahawa purdah bukanlah satu halangan.

“Saya boleh dan telah mengajar dengan sempurna walaupun memakai purdah. Berilah peluang kepada saya. Itulah yang saya sifatkan sebagai integrasi,’’ katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau menambah, integrasi memerlukan orang ramai seperti saya berada di tempat kerja agar mereka boleh melihat tiada siapa yang berasa gentar terhadap kami atau tidak mempercayai kami.

“Wanita Islam yang memakai purdah bukanlah makhluk asing. Ahli-ahli politik perlu mengakui bahawa apa yang mereka kata boleh mendatangkan kesan yang amat berbahaya ke atas kehidupan golongan minoriti yang mereka layan sebagai golongan bawahan.

“Campur tangan menteri-menteri dalam kes saya menjadikan saya bimbang terhadap kesan-kesannya ke atas wanita Islam di negara ini yang mahu bekerja,” tegasnya. – AP

P/S: jd mmg bermasalah la nak berniqob ngan istiqomah ni... lihat pd tempat. kalau disitu bleh menimbulkan fitnah, maka elakkan tempat sebegitu or berniqob saja...insyaAllah...

berniqob tak wajib, tapi ianya sunnah para isteri nabi... haritu tgk citer Iran.... muslimah tu pakai burqa, iskkk.. tp dia mcm memberontak.. dia buka burqa dia.. nmpk leher n rambut... ms ada laki lalu.. muslimah ni slumber je, tp laki tersebut palingkan muka dan terus beristighfar.... hmmm.. kat sini pula..muslimah kalau bleh, nak tunjuk suma pada yg bukan hak, laki pula mata meliar..kdg2 terbeliak... nauzubillah...Wink


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - Admin - 07-12-09

Amacam muslimah berniqab? Boleh ke istiqamah? Terutama di ARMAdan Safarah?

"tepuk dada tanya iman"


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - Nor Azhariyah - 07-12-15

salam

Usul yang diminta dikomen difahami.dan komen dari ana selaku wanita yang berniqab. Ana setuju pada pendapat yang menyatakan bahawa pakai niqab mengikut zuruf dan makan!Andai membawa kepada fitnah,kesannya pada agama yang kita cintai!Andai membawa kepada kebaikan, Islam akan dipandang oleh mad'u sebagai agama yang indah!

Ada yang mengikut adat.Ada yang berniatkannya sebagai ibadah.Niat yang membezakan di antara adat dan ibadat. Siapa yang memakainya tahu apa yang dialami dan dirasai. Jadi nilailah di anatara permata dan kaca!


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - balqis faisya - 07-12-17

salam...
Berniqab ni mmg x wajib pon..klu x wat bkn dikira dosa..zuruf masyarakat kat bumi mesir ni mmbezakan kita ngn malaysia..ada akhwat kita beniqab krna hndak menjauhi fitnah ada gak yg berniqab sbb takutkan pd ammu2 arab yg ska mmandang akhawat kita dgn pandagan yg mnakutkan..sebagai akhwat sy pn dpt rasa cmna..klu di sini x sama mcm mlysia.org2 arab kat cni lain.pandang akhwat mcm nak telan..x thu ape yg buat diorg ska kat akhwat kita..mgkin sbb dr segi saiz kita bbeza dgn kaum wanita mereka...dan kat mlysia plak lain...masyarakat malaysia x pandang la akhwat smpai mcm2.sbb 2 ada antra akhwat yg bka niqab kat mlysia...sbb x ada ape nak ditakutkan..dok negara sndri x sama dgn dok ngara org..bahaya2 ngara sndri sy rasa bahaya lagi ngara yg kita tmpang..sy pn rasa bnda ni x patut nak dipikirkan sgt..yg patut kita pikir kan sekarang sbg hambaNya yg menuntut ilmu agama ni...BAGAIMANA NAK ISLAH ORANG2 YG X MENUTUP AURAT..jd masalah akhwat bka dan pakai niqab hnya masalah kecik yg x harus diperdebatkan...wsalam


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - Admin - 07-12-17

Nor Azhariyah Wrote:salam

Usul yang diminta dikomen difahami.dan komen dari ana selaku wanita yang berniqab. Ana setuju pada pendapat yang menyatakan bahawa pakai niqab mengikut zuruf dan makan!Andai membawa kepada fitnah,kesannya pada agama yang kita cintai!Andai membawa kepada kebaikan, Islam akan dipandang oleh mad'u sebagai agama yang indah!

Ada yang mengikut adat.Ada yang berniatkannya sebagai ibadah.Niat yang membezakan di antara adat dan ibadat. Siapa yang memakainya tahu apa yang dialami dan dirasai. Jadi nilailah di anatara permata dan kaca!

o0o0, camtu ke? Maksudnya pakai niqab ni boleh ikut zuruf atau tempat la?? Tapi pada ana ler. Kalau nak kire arab atau melayu yang tengok akhawat kite ni. Rasenye same jer. Rasa cam kat tanah air sendiri yang lebih ditekankan berkenaan dengan pemakaian niqab ni. Terutama bagi kita yang bermazhab syafei.

Rasanya kalau on-off niqab ni, tak mcm terfitnah ke? Kalau nak kata akhawat arab ni diorang tak pandang... lagilaa akhawat Malaysia ni diorang tak pandang. (jangan mare). Yang sebenarnya bukan kerana niqab, tp kerana fitrah lelaki yang semestinya "lain" bila melihat wanita, samada arab atau melayu, omputeh, africa. Cuma bagaimana kondisi mereka mengahadapi situasi ini yang berbeza.

Mungkin faktor bukan arab laa (maap ek org melayu), mereka (mat arab) suke buat sesuka hati terhadap akhawat kita (merujuk kepada beberapa kejadian sebelum ini). Pernah dan banyak kali juga berlaku kes terhadap minah arab, [/b] Semua ini saya pernah saksikan sendiri. Kadang2 bukan sengaja pun just kadang2 bas dah zahmah, terpaksa la. Tp habis mamat td kene sembur ngan gadis arab.

Eh, kang lari tajuk lak. sori2.. Korang sambung la balik. Eh jap, ada lagi... [/b] (yang beralasan sebab orag arab la, kalau bukan itu alasannya jangan terasa plak huhu)[b][b]


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - Admin - 07-12-17

Nor Azhariyah Wrote:salam

Usul yang diminta dikomen difahami.dan komen dari ana selaku wanita yang berniqab. Ana setuju pada pendapat yang menyatakan bahawa pakai niqab mengikut zuruf dan makan!Andai membawa kepada fitnah,kesannya pada agama yang kita cintai!Andai membawa kepada kebaikan, Islam akan dipandang oleh mad'u sebagai agama yang indah!

Ada yang mengikut adat.Ada yang berniatkannya sebagai ibadah.Niat yang membezakan di antara adat dan ibadat. Siapa yang memakainya tahu apa yang dialami dan dirasai. Jadi nilailah di anatara permata dan kaca!

o0o0, camtu ke? Maksudnya pakai niqab ni boleh ikut zuruf atau tempat la?? Tapi pada ana ler. Kalau nak kire arab atau melayu yang tengok akhawat kite ni. Rasenye same jer. Rasa cam kat tanah air sendiri yang lebih ditekankan berkenaan dengan pemakaian niqab ni. Terutama bagi kita yang bermazhab syafei.

Rasanya kalau on-off niqab ni, tak mcm terfitnah ke? Kalau nak kata akhawat arab ni diorang tak pandang... lagilaa akhawat Malaysia ni diorang tak pandang. (jangan mare). Yang sebenarnya bukan kerana niqab, tp kerana fitrah lelaki yang semestinya "lain" bila melihat wanita, samada arab atau melayu, omputeh, africa. Cuma bagaimana kondisi mereka mengahadapi situasi ini yang berbeza.

Mungkin faktor bukan arab laa (maap ek org melayu), mereka (mat arab) suke buat sesuka hati terhadap akhawat kita (merujuk kepada beberapa kejadian sebelum ini). Pernah dan banyak kali juga berlaku kes terhadap minah arab, tetapi tindak balas mereka yang membuatkan mat2 arab ni serik. Semua ini saya pernah saksikan sendiri. Kadang2 bukan sengaja pun just kadang2 bas dah zahmah, terpaksa la. Tp habis mamat td kene sembur ngan gadis arab.

Eh, kang lari tajuk lak. sori2.. Korang sambung la balik. Eh jap, ada lagi... Kalau kerana mat arab ler korang pakai niqab, apsal ler kat dalam rumah johor ni korang berniqab? (yang beralasan sebab orag arab la, kalau bukan itu alasannya jangan terasa plak huhu)


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - mohdzaki - 07-12-18

Pada pandangan aku lah, hukum sama ada wajib atau sunat atau harus dan jelas. So, tak kira di mana, Malaysia atau bukan Malaysia, kalau hukumnya ketika itu wajib , maka kena lah pakai. Kalau hukum ketika itu sunat, maka nak pakai boleh, nak buka boleh.

Soalan lain mengenai niqab, adakah akhawat setuju kalau aku kata, ada pernah dan banyak terjadi, akhawat kita pakai niqab bila depan ikhwah, tapi bila depan arab selamba je buka. Sekali ikhwah lalu, terus cepat-cepat tutup. Soalannya, patutkan mereka yang berniqab buat mcm tu? Yang memushkilkan aku adalah,adakah mereka berniqab semata-mata tak nak kena takdim, atau memang benar-benar kerana hajat dan darurat? Cuba nilai!


RE: Niqab: Antara Adat dan Ibadat - hurul_lia - 07-12-26

dgn tegasnyerr bg kite..tiade niat lain melainkan ia sunnah para isteri RasulAllah..kembalikan segala amalan kepada yg lebih berhak..
>>>>>>>>kalau ader yg pakai niqab sbb kesihatan atau kemaslahatan itu perkare namber 2..just that..wasslam